"We Are Islam Soldier | We Fight For Allah & Islam | We Are Not Cyber Criminal"-Transparent Cyber.
Sebagai permulaan kepada pelancaran blog KiNet berwajah baharu, saya cuba menyediakan pembaca dengan sebuah dialog antara saya dan ahli Transparent Cyber. Selepas ini nantikan post saya mengenai ilmu-ilmu tentang dunia siber. In shaa Allah.
Perbualan bersama saudara Affid dari ahli Transparent Cyber dilakukan secara online. Persoalan dikemukakan kerana ingin mengetahui status group bijakpandai IT dalam perjuangannya di alam siber. Berikut ialah dialog dalam beberapa penekanan dalam soal selidik saya.
Penulis: Assalamualaikum. Saudara sihat?
Saudara Affid: Wa'alaikumusalam. Alhamdulillah, sihat.
Penulis: Sebagai permulaan, adakah benar bahawa saudara pengasas kepada tertubuhnya group Transparent Cyber ? atau ada kerjasama dengan pihak lain atas tertubuhnya group tersebut ?
Saudara Affid: Saya sendiri yang tubuhkan group itu. Group itu pada mulanya bergabung dengan GAY Altemist tetapi sekejap sahaja. Sekarang group GAY sudah tiada, jadi TC solo sampai sekarang.
*saya sndri yang tubuhkan grop tuh. group tu pade mule bergabung ngn GAY Altemist tp skjp jer. skrg group GAY dh xde. jdi TC skrg solo smpai skrg
Penulis: Saya minta jawapan secara ringkas, apakah tujuan utama dalam penubuhan group tersebut ?
Saudara Affid: Group ini ditubuhkan bagi memberi sokongan kepada group lain jika ada event. Boleh juga dijadikan tempat berkongsi ilmu.
*Group ni ditubuh atas sbb nk support group lain jika ade event.. Dn tmpt share ilmu juga.
Penulis: Semenjak tertubuhnya group tersebut, apakah pencapaian yang telah dikecapi oleh Transparent Cyber ? dan TC ada menganjurkan apa-apa aktiviti ?
Saudara Affid: TC ada join beberapa event yang dianjurkan oleh beberapa group lain. Aktiviti TC lebih kepada perkongsian ilmu sesama member dalam group.
*TC ada join beberapa event yg dianjurkan oleh beberapa group. TC aktivit lebih kepd berkongsi ilmu sesama member group.
Penulis: Bagaimana dengan pencarian dan cara perkongsian ilmu IT di dalam group ini ?
Saudara Affid: Kami menggunakan perkhidmatan Google dan berkongsi dengan ilmu yang ada.
*kami google dn berkongsi dengan ilmu yang ada.
Penulis: Dari segi hukum hakam agama ? adakah ahli TC melakukan tindakan 'menyerang' dengan cara terburu-buru ?
Saudara Affid: Harus. Serangan bergantung pada 4 perkara iaitu Siasat, Cari kepastian, Berbincang dan Serang.
*Harus mungkin. 1) siasat 2). Cari kpastian 3) berbincang 4) attack
Penulis: Sejak kita mendengar Anonymous membuat pengumuman bahawa 'Padam Israel dari Peta Internet', apakah tindakan TC ?
Saudara Affid: Kami sokong event tersebut. Tapi TC tidak berapa aktif ketika itu. Semua buat hal masing-masing. Mungkin ada yang melakukan serangan individual.
*sokong event tu. join skli event tu. tp TC time tu TC xactive. sume wat hal masing2. mungkin ade org yg wat sorg2.
Penulis: Sebagai pengakhiran perbualan kita, apakah pesanan anda terhadap kaki IT yang lain ? begitu juga dengan serangan besar-besaran terhadap laman sesawang Israel ?
Saudara Affid: Setiap soalan yang kita tempur, jawapannya ada di tangan kita. Kita yang memilih.
*jawapan setiap soalan yyg kite tempur ade di tgn kite. kite yg memilih.
Penulis: Terima kasih saudara Affid, kerana sudi meluangkan masa dengan saya untuk mengisi tentatif program di blog kami. Dijemput saudara Affid lawati blog kami atau blogwalking.
Saudara Affid: Sama-sama. In Shaa Allah :)
*same2. in shaa allah :)
*Jawapan asal tanpa edit (CopyPaste)

No comments:
Post a Comment