Pages

Tuesday 21 October 2014

Binasalah Umat Akhir Zaman

Assalamualaikum, hari ini saya mengarang penulisan ini adalah kerana saya terlihat fenomena di langit iaitu percikan kilat sambar-menyambar di balik awan sekitar selepas maghrib. Mungkin ianya hanya fenomena biasa, tetapi kali ini seteah melihat ia, hati ini mula terdetik bahawa kejadian tersebut mungkin sedang menyampaikan berita pada makhluk sekian alam. Naluri ini berkata ia bukan lagi percikan yang biasa-biasa. Tanpa hujan. Tanpa guruh. Baiklah, kali ini kita akan menyebut tentang kebinasaan yang diberikan Allah kepada umat terdahulu dan perbuatan-perbuatan umat terdahulu (yang menyebabkan kemurkaan Allah) dilakukan oleh umat Islam kini yakni umat Muhammad saw.

1. Kaum Nabi Luth as
Umat nabi Luth terkenal dengan perbuatan homoseksual dan lesbian, iaitu hanya mahu berkahwin dengan pasangan sesama jenis. Apabila sudah diberi peringatan, mereka tetap melakukannya dan tidak mahu bertaubat. Akhirnya Allah memberikan mereka azab berupa gempa bumi yang dahsyat disertai angin kencang dan batu sehingga hancurlah rumah-rumah mereka . Kaum nabi Luth ini akhirnya tertimbun dibawah runtuhan rumah-rumah mereka sendiri. (al-Syuara: 160, al-Naml: 54, al-Hijr: 67, al-Furqan: 38, Qaf: 12)

Apakah mereka yang terdahulu seperti begini ? Lihat sendiri, sesetengah negara menghalalkan hubungan sesama jenis atas alasan keadilan. Keadilan yang terkutuk. LGBT singkatan daripada Lesbian Gay Bisexual dan Transgender. Nauzubillah.




2. Kaum Nabi Syuaib as
Nabi Syuaib diutuskan kepada kaum Madyan. Kaum Madyan ini dihancukan oleh Allah kerana mereka suka melakukan penipuan dan penyelewengan dalam perniagaan. Apabila membeli, mereka meminta dilebihkan dan apabila menjual selalu megurangi. Allah pun mengazab mereka berupa hawa panas yang teramat sangat. Mereka cuba berlindung ditempat yang teduh. Hal itu tidak mampu mengelakkan mereka dari rasa panas. Akhirnya mereka binasa. (at-Taubah: 70, al-Hijr:78, Thaaha: 40, al-Hajj: 44)
Sehingga kini, penyelewangan dalam perniagaan masih berlaku termasuklah perbuatan rasuah yang boleh menyebabkan kerugian pihak lain. Malah segelintir peniaga tersebut sanggup menyorokkan barangan jualannya untuk mengambil kesempatan dengan menaikkan harga.



Daripada Abu Hurairah r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda "Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan tipuan. Pada waktu itu si pendusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan dusta. Pengkhianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berkesempatan berbicara (cuba membetulkan) hanyalah golongan "Ruwaibidhah". Sahabat bertanya "Apakah Ruwaibidhah itu wahai Rasulullah?" Nabi SAW menjawab "Orang kerdil, hina, dan tidak mengetahui bagaimana hendak mengurus orang ramai" (HR Ibnu Majah)

3. Firaun
Kaum Bani Israel sering ditindas oleh Firaun. Allah mengutus nabi Musa dan nabi Harun untuk memperingatkan Firaun akan azab Allah. Namun, Firaun malah mengaku sebagai Tuhan. Firaun akhirnya maut dilaut Merah  dan jasadnya tidak reput dan telah ditemui oleh ahli arkeologi moden. Hingga kini masih boleh disaksikan di muzium mumia di Mesir. (al-Baqarah: 50, Yunus: 92)
Tiada Tuhan Selain Allah. Maha Suci Allah. Sehingga kini, ada lagi manusia yang menganggap dirinya adalah Tuhan. Yang peliknya, tiada apa pun yang ‘ajaib’ untuk dijadikan bukti oleh mereka yang mengaku sebagai tuhan tetapi masih ramai juga yang mengikutnya. Berikut adalah antara link yang boleh saya kongsikan.


4. Ashab al-Ukhdudd
Ashab al-Ukhdudd adalah sebuah kaum yang menggali parit dan menolak untuk beriman kepada Allah, termasuk rajanya. Sementara itu,  sekelompok orang yang beriman dicampakkan kedalam parit yang telah dibakar, termasuk seorang wanita yang tengah mengendong seorang bayi. Mereka dikutuk oleh Allah. (al-Buruj: 4-9)

Lihat sahaja apa yang berlaku di Myanmar. Umat Islam Rohingya dibunuh dengan kejam. Apa yang berlaku disana adalah ‘holocaust’ iaitu penghapusan etnik.





Daripada Tsauban r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda "Hampir tiba suatu zaman di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang kelaparan mengerumuni bekas hidangan mereka" Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi SAW menjawab "Bahkan kamu pada hari itu terlalu ramai, tetapi kamu umpama buih pada masa banjir, dan Allah akan mencabut rasa gentar terhadap kamu daripada hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan melemparkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan'. Seorang sahabat bertanya "Apakah 'wahan' itu, wahai Rasulullah?" Rasulullah menjawab "Cinta dunia dan takut mati" (HR Abu Daud)

Maha suci Allah. Sesungguhnya tanda-tanda kecil Kiamat itu telah lengkap sempurna dan dunia sedang menanti tanda-tanda yang besarnya. Semoga kita terlindung dari fitnah dan bahana Dajjal. Lihatlah isu terkini, ulama telah dilabel ‘sikit-sikit haram’, ‘tahunya haram sahaja’. Hukum-hakam Allah mula dipermain-mainkan. Ingatlah pesan Rasulullah

Daripada Abu Hurairah r.a. Beliau berkata, Bersabda Rasulullah SAW "Islam mula berkembang dalam keadaan asing. Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing" (HR Muslim)

Wallahualam.


Tuesday 14 October 2014

Halal atau Haram



Kini terdapat produk-produk makanan yang dijual dipasaran yang dapat memudahkan urusan harian kita seperti makanan tambahan, makanan segera dan lain-lain lagi dimana kesemua itu adalah dari campuran pelbagai bahan termasuk jenis kimia. Sebagai umat Islam, penyelidikan terhadap status kehalalan sesuatu makanan mahupun minuman itu perlu dititikberatkan demi mencapai kehendak syarak serta mendapat manfaat darinya.







"Hai orang-orang yang beriman makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang kami berikan kepadamu." Surah al-Baqarah ayat 172

Kata halal berasal dari bahasa arab yang bererti disahkan, diterima, dan dibolehkan. Suatu makanan/minuman tersebut dinyatakan sah (boleh) digunakan. Adapun yang berhak menghalalkan atau mengharamkan suatu makanan/minuman hanyalah Allah SWT dan Rasul-Nya.
Halal ada dua, iaitu halal zatnya dan halal cara memperolehinya. Berikut ini penjelasan tentang keduanya.

a.        Halal zatnya
Halal zatnya bermakna makanan dan minuman tersebut memang berasal dari sumber/bahan yang halal. Seperti daging lembu, ayam, sayur dan lain-lain.

b.       Halal cara memperolehinya
Halal secara memperolehnya bermakna makanan/minuman yang digunakan diperolehi dengan cara yang sah dan dibenarkan menurut syarak, seperti yang diperolehi melalui perniagaan yang benar (tidak haram seperti melalui riba, rasuah dan sebagainya), bertani, saling memberi dengan izin (bukan mencuri) dan sebagainya.

Kali ini kita akan cuba menyentuh isu sumber yang halal zatnya. Bagaimana kita mahu memastikan kehalalannya? Pihak manakah yang bertanggungjawab atas halalnya sesuatu makanan? Dan apa yang kita perlu buat sekiranya tiada tanda halal pada sesuatu produk makanan?

Pertama sekali kita lihat di Malaysia. Badan pentadbiran yang menguruskan segala proses penghalalan adalah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia atau JAKIM. Mereka bertanggungjawab dalam memberi pengiktirafan kepada sesebuah premis untuk memastikan adakah ianya halal untuk rakyat beragama Islam mendapatkan manfaat darinya. Antara pengiktirafan yang dilakukan oleh pihak JAKIM adalah memberi sijil kepada premis yang telah melalui saringan oleh JAKIM. Untuk produk pula, tanda halal akan dicop atau ditanda pada setiap produk untuk dipastikan kehalalannya.

Logo Halal terkini oleh JAKIM


Baiklah, tidak semua produk yang tidak mempunyai tanda atau logo halal adalah tidak halal. Kadang-kadang ada sesetengah pihak seperti usahawan kecil yang mengeluarkan produk dengan menggunakan logo halalnya sendiri atau menyatakan produk mereka ditanggung halal. Fungsi JAKIM adalah untuk rakyat lebih yakin dengan status produk tersebut.

Bagaimana pula tindakan kita terhadap produk tiada logo atau bukan logo dari pihak JAKIM? Situasi ini kita panggil was-was ataupun syubhah. Seperti Imam Hanafi, beliau seorang yang berhati-hati dengan syubhah. Sekiranya timbul syubhah, beliau akan segera menjauhinya. Sebagai manusia biasa kita tidak boleh yakin dengan sesuatu produk tanpa ada pemerhatian sendiri terhadap proses pembuatan makanan tersebut dari awal hingga akhir. Oleh itu, pihak JAKIM lah yang membantu kita untuk memastikan ianya halal untuk kita.

Dari Abi 'Abdillah Annu'man bin Basyir RA telah berkata: "Aku telah mendengar Rasulullah SAW telah bersabda:

"Sesungguhnya sesuatu yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan diantara keduanya ada perkara yang samar-samar (was-was) yang kebanyakan manusia tidak mengetahui. Maka barangsiapa menjaga dirinya dari barang-barang (perkara) yang samar itu, maka ia telah membersihkan agamanya dan kehormatannya, dan barangsiapa yang jatuh dalam melakukan perkara yang samar-samar itu, maka ia telah jatuh dalam perkara haram seperti pengembala di sekeliling tanah larangan (halaman orang), lambat-laun ia akan masuk ke dalamnya. Ingatlah bahawa tiap-tiap raja ada larangannya. Ingatlah bahawa larangan ALLAH adalah apa-apa yang diharamkanNya.
Ingatlah bahawa dalam jasad itu ada sekerat daging, jika ia baik, baiklah jasad seluruhnya, dan jika ia rosak, rosaklah jasad seluruhnya. Ingatlah, itu adalah hati." Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim



Sekiranya sesuatu produk itu mengalami kontroversi seperti teragak-agak tentang kehalalannya, maka kita perlu segera menjauhinya. Keyakinan tidak boleh digunakan sesuka hati, melainkan kita melihat sendiri proses pembuatan secara keseluruhannya. Sekiranya tiada logo atau tanda yang mengatakan sesuatu produk itu halal, cenderungkanlah hati ini untuk mencari produk yang lain atau menyelidik sendiri sehingga hilangnya keraguan. Wallahualam

Sunday 12 October 2014

Couple Dalam Islam

Adakah wujud couple dalam Islam? Jawapannya adalah ya. Couple bererti pasangan. Pasangan dalam Islam itu ialah nikah. Hubungan yang sah melalui pernikahan. Berkata Imam Nawawi: "Nikah secara bahasa adalah bergabung, atau digunakan untuk menyebut "akad nikah", atau digunakan juga untuk menyebut hubungan seksual."



Kebanyakkan anak muda Islam kini fobia dengan perkataan atau istilah couple yang seringkali diterjemah kepada hubungan yang masih belum sah melalui istiadat pernikahan. Manusia diciptakan dengan fitrah menyukai satu sama lain. Siapa kita nak menolak fitrah yang diberi? Sepatutnya ia terpulang pada kita bagaimana kita melunaskan perasaan cinta itu dengan cara yang terbaik.
Hadirnya perasaan cinta itu adalah daripada Allah azza wajalla. Dia yang melemparkan perasaan itu kepada kita setelah kita melihat sesuatu terutamanya insan lain. Cinta juga adalah suatu ujian dari Allah untuk kita. Ujian ini umpama bagaimana kita mencampurkan bahan yang disediakan untuk menjadi hidangan yang dapat dinikmati oleh kita dan juga orang lain berdasarkan panduan yang diberi oleh Allah yakni al-Quran.

Terdapat banyak nas dan hadis Rasulullah saw dalam menceritakan perihal-perihal perkahwinan dan galakan terhadap anak muda termasuk panduan dalam pernikahan seterusnya ke urusan kekeluargaan.

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.” Surah ar-Rum ayat 21

Allah telahpun menyediakan seseorang buat kita. Apa yang kita perlu adalah berusaha untuk menjadi yang terbaik buat pasangan kelak, nescaya bakal pasangan kita akan melakukan perkara yang sama. In shaa Allah. Terjemahan ayat quran diatas menceritakan bahawa, bakal pasangan kita juga adalah dari jenis kita; atau sifat yang sama seperti kita yang membuatkan kita sesuai dan saling melengkapi.

“Wahai pemuda-pemuda, sesiapa sahaja diantara kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, maka berkahwinlah kerana dengan berkahwin dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri.” Riwayat Bukhari dan Muslim

Dalam pemilihan jodoh, kita perlu menitikberatkan dari segi persiapan diri ini dahulu seperti, bagaimana kelengkapan ilmu agama kita? Ilmu dunia kita. Percayalah, jika akar kita dibaja dengan baik, maka baiklah daun-daunnya, dan cantiklah bunga-bunganya serta sedaplah buah-buahnya.
Diri ini perlu dibajai dengan baja yakni pendidikan agama yang baik. Melalui pendidikan agama, aspek lain tidak lagi perlu dirisaukan kerana agama sudahpun mencakupi pelbagai bidang dari segi ibadah, ekonomi dan masyarakat mahupun negara.  Melaluinya juga kita boleh menilai diri kita sama ada sudah bersedia mahupun tidak.

Antara persiapan yang perlu dilihat sebelum meneruskan ke alam pernikahan selain persiapan agama pada diri kita perlu lihat bagaimana pergaulan kita dengan ahli keluarga, adik-beradik? Bagaimana pergaulan kita dengan rakan? Semua itu perlu dititikberatkan demi mencapai kebahagiaan semua pihak.

“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya – pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui.” Surah an-Nur ayat 32

Berkaitan pendapatan kekeluargaan, ayat diatas telah memberi khabar berita gembira kepada mereka yang ingin berkahwin tetapi tidak yakin terhadap perbelanjaan selepas berkahwin. Allah swt, menegaskan bahawa Dia yang akan memberi perbelanjaan kepada mereka dengan secukupnya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segalanya.



Akhir kata, kepada pemuda diluar sana terutamanya lelaki jangan takut pada isu perkahwinan. Sesungguhnya Islam itu mudah dan memudahkan. Carilah pasangan itu dengan baik dan tidak terburu-buru. Berserahlah pada Allah melalui solat sunat istikharah. Dan bertanya pendapat ahli keluarga. Carilah mereka yang beragama, nescaya kehormatan dirimu sama ada suami mahupun isteri, akan terjaga dengan baik. In shaa Allah. Wallahualam.


Saturday 29 March 2014

4 Tokoh Ulama Tanah Air

Ustaz Azhar Idrus



Dikenali juga sebagai Ustaz YouTube. Beliau asal Terengganu. Beliau telah mengubah cara penyampaian dalam pangjaran ilmu-ilmu agama. Ianya suatu perubahan dalam kuliah agama untuk menarik ramai pendengar bukan ramai peminat. Kerana dari mendengar itu ajaran Allah boleh sampai ke generasi seterusnya tanpa merasa jemu. Kuliahnya yang menarik perhatian membuatkan ramai anak muda sering hadir ke kuliahnya walaupun jauh dan terpaksa merasa sesak untuk mendengarkan ilmu yang ingin disampaikanya.
Hasilnya, ramai anak muda berubah dari tidak baik kepada yang baik.

Kata-kata dalam ceramahnya bagi mereka yang mudah memahaminya memberi kesan dalam ibadat para pendengarnya. Kata-katanya yang 'double-meaning' membuatkan suasana ceramah di masjid-masjid ataupun surau bertambah ceria dengan ilmu yang disampaikannya




Begitu juga dengan caranya yang menarik anak muda untuk mengikutinya. Beliau melibatkan diri dalam fotografi, sukan berbasikal, bermotor dan banyak lagi. Beliau pernah berkata bahawa siapapun kita, nak main gitar ke, nak main motor ke, kereta ke, bab hukum hakam kita mesti berdamping dengan ulama. Biar ulama macam artis, jangan artis macam ulama.





Ustaz Don Daniyal Don Biyajid




Ustaz Don dikenali ramai melalui rancangannya 30 Minit Ustaz Don di tv Al Hijrah. Bagi saya, saya suka dengan cara penyampaiannya yang agak spontan walaupun ianya adalah rancangan tv secara siaran langsung. Gelagatnya membuatkan orang ramai mengukir senyuman disamping mendengar penyampaiannya. Kekadang, ia menunjukkan kegelisahannya jika terlupa kepada sesuatu, membuatkan ianya kelihatan seorang yang jujur.



Penyampaiannya yang agak lemah lembut membuatkan ramai orang tertarik dengan ceramahnya serta membuatkan ramai orang hadir ceramahnya seperti di majlis Cinta Masjid. Begitu juga dengan UAI, beliau juga berminat berpenampilan gaya moden sebagai kemudahanya untuk mendekati jiwa anak muda.


Ustaz Haslin Baharin



Ustaz Haslin atau dengan nama glamornya Ustaz Bollywood. Beliau dikenali dengan nama Ustaz Bollywood kerana kemerduannya dan alunan gaya Pakistannya membuatkan ramai orang terhibur dengan bacaan hadis mahupun al-Quran diselangi dengan maknanya yang membuatkan pendengar mudah memahami apa yang disampaikan oleh Allah dan Rasulnya.





Ustaz Kazim Elias




Ustaz Kazim Elias aka UKE juga seorang pendakwah yang lembut dalam ceramahnya, dia jarang berkasar atau memarahi sesuatu pihak tapi beliau lebih suka berlembut dalam menyampaikan dakwah Islamiyah. 



Beliau sering membawa ceramah bertemakan kekeluargaan dan jodoh. Ceramahnya dapat menarik perhatian anak muda yang ingin mendirikan 'masjid' dan para ibu yang mengalami konflik rumah tangga.

In shaa Allah, dengan hadirnya ulama dan tokoh seperti mereka kita mudah untuk merujuk mereka dalam penyelesaian masalah dalam ibadat kita. Oleh itu, kita perlu rajin untuk menghadiri ke pusat-pusat ilmu dan ke masjid ataupun surau untuk menuntut ilmu yang mereka sampaikan secara percuma disamping berhibur diatas landasan agama. Inilah yang kita mahu cari, hiburan islam. In shaa Allah

Tuesday 25 March 2014

Tragedi belum berakhir #mh370

Dengan nama Allah, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan bahawa pesawat MH370 menemui titik akhirnya di Lautan Hindi sebelah barat Perth, Australia. Tragedi yang berlaku sekaligus meragut 239 nyawa penumpang termasuk krew penerbangan. Al Fatihah buat mereka.




Kita selidik spekulasi dan kenyataan yang diluahkan oleh sahabat kita diluar sana. Segala keputusan berada di tangan kita. Tentukan dengan akal yang bijak. In shaa Allah.

MH 370 - TEORI KONSPIRASI DAN PENIPUAN DUNIA

(BOLEH BACA, TAPI JANGAN PERCAYA ADMIN YANG DANGKAL DAN LEMAH INI)

Adakah anda pernah mendengar teori konspirasi ini tentang kehilangan MH 370 ? Cerita ini berlaku seperti ini:

Amerika sedang keluar dari Afghanistan, salah satu perintah dan kawalan sistem mereka (digunakan untuk mengawal Drone tanpa pemandu ) telah dirampas oleh Taliban apabila konvoi pengangkutan Amerika telah bergerak turun dari salah satu bukit. Taliban menyerang hendap konvoi Amerika dan membunuh 2 kakitangan Amerika , merampas peralatan dan senjata, termasuk arahan dan sistem kawalan yang ditimbang kira-kira 20 tan dan dimasukkan ke dalam 6 peti. Ini berlaku kira-kira sebulan yang lalu pada Februari 2014.

Apa yang Taliban mahu ialah wang. Mereka mahu menjual sistem untuk Rusia atau China. Rusia terlalu sibuk di Ukraine. Orang China dahagakan teknologi sistem. Bayangkan jika China menguasai teknologi di belakang sistem perintah dan kawalan, semua Drone Amerika akan menjadi sia-sia . Memang orang China menghantar 8 saintis pertahanan untuk memeriksa sistem dan bersetuju untuk membayar berjuta-juta untuk itu.

Pada awal Mac 2014 , 8 saintis dengan 6 peti ,mereka menuju ke Malaysia, berfikir bahawa ia adalah cara terbaik untuk berselindung dan mengelak daripada dikesan. Kargo ini kemudian disimpan di kedutaan di bawah perlindungan diplomatik. Sementara itu, Amerika dengan bantuan perisikan Israel , dan bersama-sama mereka berazam untuk memintas dan menawan semula kargo ini.

Orang China kira bahawa ia akan selamat untuk mengangkutnya melalui pesawat awam untuk mengelakkan syak wasangka. Lagipun penerbangan terus dari KL ke Beijing hanya mengambil masa 4 jam setengah , dan Amerika tidak akan merampas atau memudaratkan awam itu. Jadi MH370 adalah syarikat penerbangan yang sempurna.

Terdapat 5 agen Amerika dan Israel di atas kapal yang sudah biasa dengan operasi Boeing. 2 " Iran " dengan pasport dicuri boleh di jadi juga antara mereka.

Apabila MH370 bersedia untuk meninggalkan ruang udara Malaysia dan ingin melaporkan ke ruang udara kawasan Vietnam, AWAC menyekat isyarat mereka, melumpuhkan sistem kawalan juruterbang dan bertukar kepada mod kawalan jauh. Itu adalah saat apabila pesawat yang tiba-tiba hilang altitud dari radar.

Bagaimana AWAC boleh melakukannya? Ingat kejadian 911? Selepas kejadian itu 911, semua pesawat Boeing ( dan mungkin semua Airbus ) dipasang dengan sistem kawalan jauh untuk menentang rampasan pengganas. Sejak itu semua Boeing boleh dikawal jauh oleh menara kawalan tanah. Sistem kawalan jauh sama digunakan untuk mengawal pesawat pengintip tanpa pemandu dan pesawat .

5 agen Amerika / Israel selepas itu lagi mengambil alih kapal terbang, mematikan transponder dan sistem komunikasi yang lain, dan terbang ke arah barat . Mereka tidak berani terbang ke timur Filipina atau Guam kerana Laut China Selatan ruang udaranya telah diawasii oleh radar pengawasan China dan satelit.

Radar tentera Malaysia, Thailand dan India sebenarnya mengesan pesawat yang tidak dikenali tetapi tidak bertindak balas secara profesional.

Pesawat itu terbang ke atas Sumatera Utara, Anambas , India Selatan dan kemudian mendarat di Maldives ( beberapa penduduk kampung menyaksikan pendaratan pesawat ), minyak diisi dan meneruskan penerbangannya ke Diego Garcia, Pangkalan Udara Amerika di tengah-tengah Lautan Hindi. Kargo dan kotak hitam telah dikeluarkan. Penumpang telah disenyapkan melalui cara semula jadi, kekurangan oksigen. Mereka percaya hanya orang mati tidak akan bercakap.MH370 dengan penumpang yang mati telah dibawa ke udara sekali lagi melalui kawalan jauh dan merempuh Selatan Lautan Hindi, menjadikannya teori untuk mempercayai bahawa pesawat akhirnya kehabisan bahan api dan terhempas.

Amerika telah melakukan persembahan yang terbaik. Pertama mengalihkan semua perhatian dan usaha pencarian di Laut China Selatan manakala pesawat membuat gerakan mereka ke Lautan Hindi. Kemudian mereka keluar dengan beberapa kenyataan yang bercanggah dan bukti untuk mengelirukan dunia. Australia adalah pelakon bersama.

Usaha yang dilakukan oleh China, dari segi bilangan pesawat, kapal dan satelit , usaha pencarian yang pertama di Laut China Selatan,
setelah itu di Selat Melaka dan Lautan Hindi tidak pernah berlaku sebelum ini. Ini menunjukkan bahawa China amat mengambil berat tentang #MH370 , bukan kerana banyaknya penumpang awam China, tetapi kargonya yang bernilai tinggi dan 8 orang saintis pertahanan utamanya.

Jangan percaya cerita ? Saya tidak mengharapkan anda untuk percaya tetapi mari kita tunggu dan lihat bagaimana episod memperkenalkan skrip dan pelakonnya .

Ingat, BACA BOLEH, PERCAYA JANGAN. INI SEKADAR ANALISIS LEMAH DARIPADA ADMIN.


sumber: https://www.facebook.com/Pendedahan Konspirasi & Penipuan Dunia





Seterusnya kita lihat kiriman dari wall 'Otai Reformasi'

Jangan percaya bulat-bulat.Bacalah kenyataan dari Muhammad Fairuz Hamid ,adik ipar pasangan mangsa MH370 ,Razahan Raz & Norli Akmar Hamid | :

Minta maaf pd semua. Doa dan prhatian dri anda smua amat kami hrgai..bagi kami ini masih blum penamatnya. Kami tak terus terima bulat2 dengan berita terbaru ini. Ya, mungkin jejak terakhir pesawat MH370 adalah di "situ"..di "sini"..Namun, kami belum menerima berita mengatakan semua penumpang dan krew telah terkorban. Sekarang ini, ia terus menjadi andaian bahawa "semua krew dah penumpang terkorban". Pencarian masih belum berakhir dan bagi kami kenyataan ini sangat melukakan hati kami semua yg terlibat. Kami menerima ucapan takziah daripada semua pihak, tapi kami masih tidak putus asa hingga sekarang. Kami hanya tunggu jawapan yg betul2 muktamad, dan bagi kami hanya Allah S.W.T yg mampu memberikan jawapan tersebut. Dan setelah jawapan muktamad tersebut diperolehi, baru kami akan terima dengan pasrah. Kami redha dengan ketentuanNya.

Sekarang, kami akan terus berdoa dan tidak akan berputus asa. Masih ada perkara yg perlu kami tekankan disini :

1) Kotak Hitam (black box) - Tidak dijumpai
2) Bangkai pesawat - Tidak dijumpai
3) Perkara yg disahkan banyak kali "Pesawat dikesan di Lautan Hindi" "Pesawat dikesan di LCS" "Pesawat di Lautan Andaman" dll..
4) Perkara yg menjadi spekulasi byk kali - "pesawat ditembak jatuh" "pesawat terhempas" "pesawat meletup diudara" "pesawat dihijack dan disorok"
5) Negara itu kata jumpa di sini, negara itu jumpa disana. Last sekali berita ini yg keluar.

Persoalannya sekarang, apa sebenarnya yg dah jadi? Dan kenapa perlu PM umumkan kesedihan itu terlalu awal? Beliau sudah ditekan oleh pihak negara yg mmpunyai kuasa lebih besar? Barangkali untuk tutup rahsia sebelum ia mula terbongkar? Mereka mungkin dah lama tahu dari hari pertama tentang rahsia ini, tetapi kita sebagai org biasa terus disajikan dengan "drama" dan "sendiwara". Dan akhirnya "emosi" kami terus menjadi santapan mereka.

Saya menulis ini bagi pihak keluarga saya, kerana ini yg terbuku dalam hati mereka ketika semua sedang bersedih dan cuba menerima Qada' dan Qadar Ilahi. Hanya satu jawapan saja yg boleh diterima, tetapi jawapan itu sedang dinafikan ketika ini. Ini sebenarnya yg kami tidak boleh terima. Sekian.


sumber: https://www.facebook.com/pages/Otai-Reformasi


Lihat lagi, tanggapan seterusnya ialah pesawat tidaklah dirampas atau diserang tetapi terlibat dengan kemalangan.



-Siapa Kapten Zaharie dari pandangan juruterbang berpengalaman luar..
Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengesahkan bahawa seseorang telah mematikan alat pengesan radar pesawat MH370 dan melakukan pusingan U.

Ekoran itu, timbul kemungkinan berlaku rampasan dan sebotaj ke atas pesawat tersebut sehingga mendorong kepada siasatan terhadap Kapten Zaharie.

Bagaimanapun, Chris Goodfellow yang berpengalaman 20 tahun sebagai juruterbang mempunyai teori sendiri.
Menurutnya, isu kehilangan pesawat MH370 terlalu dirumitkan sedangkan jawapannya mungkin mudah iaitu berlaku kebakaran di kokpit.

Dalam catatan akaun Google+ miliknya, Goodfellow, sebaik mendengar berita pesawat itu berpatah balik ke arah Selat Melaka dari Laut China Selatan, dia terus memeriksa peta dan mendapati MH370 mungkin menuju lapangan terbang terdakat di Pulau Langkawi selepas berlaku masalah seperti kebakaran dalam kokpit.

"Kunci utama di sini adalah pusingan kiri dibuat pesawat itu. Juruterbang (Kapten Zaharie Ahmad Shah) adalah kapten yang sangat berpengalaman dengan lebih 18,000 jam penerbangan. Mungkin juruterbang lebih muda yang ditemu ramah (agensi berita) CNN tidak sedar mengenai pusingan kiri.

"Kami juruterbang lama dilatih untuk sentiasa tahu di mana lapangan terbang paling dekat ketika terbang untuk perlindungan selamat jika kecemasan."

Menurut Goodfellow lagi, apabila melihat pusingan kiri dibuat oleh pesawat MH370 dan menuju terus ke arah bertentangan, nalurinya memberitahu juruterbang itu mungkin mahu menuju ke lapangan terbang terdekat.

"(Zaharie) sebenarnya mengambil laluan terus di atas laut ke Pulau Langkawi yang tidak mempunyai banyak halangan. Dia tidak kembali ke Kuala Lumpur kerana dia tahu (laluan itu) merentasi gunung (Banjaran Titiwangsa) setinggi 8,000 kaki.

Dia tahu laluan ke Langkawi lebih mudah dan jaraknya lebih dekat."
Goodfellow percaya Zaharie mengambil tindakan betul pada ketika mereka mungkin menghadapi masalah serius yang mendorong kepada tindakan pusingan U untuk menuju ke lapangan terbang terdekat di Pulau Langkawi.

Katanya, terputusnya komunikasi (ACARS) termasuk kesan radar adalah munasabah jika berlaku kebakaran di dalam kokpit.
"Melihat masa kejadian, mungkin berlaku kepanasan melampau pada salah satu tayar hadapan dan ia pecah sebaik pesawat berlepas dan terbakar perlahan-lahan.

"Ya, ini boleh berlaku dengan tayar yang kurang angin. Ingat ini pesawat berat, (dan insiden berlaku) pada malam yang panas dan landasan yang panjang."

Katanya, ada insiden di Nigeria pada 1991 melibatkan Douglas DC-8 yang tayarnya terbakar semasa berlepas menyebabkan asap tebal melemaskan kru dan penumpang.

Katanya, juruterbang memang ada akses kepada topeng oksigen tetapi ia tidak boleh digunakan semasa kebakaran.
Sebaliknya, kebanyakan juruterbang ada penutup muka dengan penapis asap tetapi ia hanya boleh bertahan beberapa minit sahaja.

"Apa yang berlaku adalah (kedua-dua juruterbang) lemas akibat asap dan pengsan, menyebabkan pesawat itu terus terbang menggunakan aplikasi sistem autopilot sehingga sama ada kehabisan minyak atau kebakaran memusnahkan papan kawalan dalam kokpit."

Jika itu benar, kata Goodfellow, Zaharie adalah wira yang bertarung situasi mustahil untuk cuba membawa pesawat itu ke Pulau Langkawi.
"Tiada was-was lagi dalam fikiran saya, itulah sebab mengapa pesawat itu berpusing dan mengambil laluan lurus."

Jika berlaku rampasan atau sabotaj, katanya, ia tidak akan sengaja pusing ke sebelah kiri dan menuju ke arah Pulau Langkawi.
Goodfellow mengakhiri tulisannya dengan kata-kata: "Juruterbang bijak. Cuma tidak mempunyai masa mencukupi."

Tidak mustahil konspirasi, kemalangan dan kebarangkalian pesawat dirampas atau sabotaj itu boleh berlaku. Semua atas ketentuan Allah dan kita sebagai manusia diberi akal untuk mencari jawapan yang telah lama Allah tinggalkan di muka bumi ini. Wallahualam..segalanya dengan izin Allah akan terjawab apabila bangkai dan kotak hitam pesawat ditemui. 

Monday 24 March 2014

MH370 | Bukti KuasaNya

Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Alhamdulillah, setinggi syukur terhadap illahi dimana saya masih diberi kesempatan untuk mengarang sedikit ulasan mengenai peristiwa yang tidak asing lagi di dunia yakni kehilangan kapal. #misteri #makhlukasing #konspirasi #realiti
In shaa Allah. Sebelum itu, mari doakan keselamatan penumpang yang terlibat dan ketabahan waris-waris keluarga mereka menghadapi takdir ini, meskipun mereka telah menemui ajal. Itu sememangnya lumrah alam. Namun perkara itu bukan suatu kepastian. Wallahualam. Moga-moga mereka masih hidup. Aaminn..

Sudah banyak isu misteri kehilangan kapal seperti pada tahun-tahun sebelum ini yakni pernah hilang sehingga 35 tahun, 55 tahun dan pelbagai lagi. Hilang sahaja tidak memeningkan kepala, tetapi peristiwa yang mendakwa kehilangan bertahun-tahun itu boleh kembali dengan melakukan pendaratan pesawat tersebut dengan baik. Wallahualam, jika kehilangan itu dilakukan oleh perkara-perkara misteri, Allah sahaja yang mampu menggerakkan mereka ke alam ghaib. Lihat sini http://rynas.blogspot.com/2014/03/misteri-kehilangan-kapal-terbang.html.



Pesawat Boeing 777-200 (MH370) dengan 239 penumpang putus hubungan dengan pusat kawalan udara Subang dua jam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi waktu tempatan ke Beijing yang dianggarkan tiba pada waktu 6.30 pagi . Ia merupakan pesawat perkongsian kod antara MAS dengan China Southern Airlines.

Hampir dua minggu telah berlalu sejak kehilangannya telah banyak menimbulkan persoalan yang bermain di minda rakyat Malaysia, China dan juga yang lain-lain. Pelbagai spekulasi dinyatakan oleh pihak kerajaan samada dalam (Malaysia) ataupun luar, rakyat dan rakyat luar. Antara spekulasi-spekulasi yang dinyatakan kita tidak boleh memandang remeh atau pun terus tolak mentah-mentah tanpa dikaji dahulu dengan teliti meskipun ia berbunyi agak tidak masuk akal. Mari lihat spekulasi-spekulasi yang dinyatakan oleh mereka mengikut tahap penerimaan akal (pengumpulan dari artikel diluar sana):

1.     Hilang dari radar kerana masalah teknikal iaitu mengalami kerosakan transponder.

2.     Mengalami kegagalan enjin lalu terhempas di lautan berhampiran Vietnam.

3.     Pakat penerbangan dan editor airlineratings.com Geoffrey Thomas berkata kepada akhbar milik Fairfax Media itu beliau menjangkakan pesawat tersebut berkemungkinan terlibat dengan "bencana letupan mengejut" kerana tiada sebarang panggilan kecemasan atau amaran dibuat.

4.     Dirampas atau 'hijacked' oleh pengganas.

5.     Meletup disebabkan pemasangan bom di muncung kapal terbang.

6.     Sesat ke dimensi lain. #segitigabermuda #dajjal

7.     Konspirasi Amerika Syarikat dimana mereka sengaja merekacipta timeline kehilangan pesawat dan menganggap merekalah jalan akhir untuk membantu kita.


Apa sahaja dakwaan dan spekulasi di atas telah banyak dihuraikan dan dijawab pada artikel kebanyakan penulis dan pengkaji teori konspirasi diluar sana. Baiklah, kita lihat pula pada kejadian dan peristiwa yang tidak masuk akal dan memalukan negara serta pentadbiran Malaysia.

Berkenaan dengan ‘Raja Bomoh’, Ibrahim Mat Zain, ulasan yang diberikan oleh ulama tersohor tanah air-Ustaz Azhar Idrus, ialah kita tidak boleh terus-menerus menuduh mereka sesat, syirik dan pelbagai lagi sehingga kita tidak dapat membuktikannya. Walau bagaimanapun, kita perlu berhati-hati agar perlakuan yang boleh hampir kepada mensyirikkan Allah itu mesti dijauhi.

Allah telah menegaskan hambanya untuk menyembah kepadanya dan dan tidak menyekutukannya. Sebagai mana firmannya dalam surah an-Nisa ayat 36 sebagai berikut :

Maksudnya : “Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun.”

Syirik adalah perkara yang sangat berbahaya dalam agama ini bahkan disebut juga dosa yang paling besar tidak ada dosa besar lagi setelahnya, dan Allah tidak akan mengampuni dosa syirik jika seseorang tidak bertaubat kepada Allah dengan taubat nasuha , sebagaimana Allah berfirman dalam Al Qur’an dalam surah an-Nisa Ayat 48 :

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, Maka sungguh ia Telah berbuat dosa yang besar.” Lihat lagi: http://anshormhd.blogspot.com/2013/02/bahaya-syirik.html#sthash.N4uvXeGs.dpuf

Berikutan bacaan khutbah solat Jumaat ditempat saya, khatib menerangkan bahawa Allah nak tunjuk bahawa bumi nusantara yakni tanah melayu dan sekitarnya terlalu banyak mengamalkan khurafat dan perkara taghut! Minda-minda rakyat Malaysia masih tidak lekang dengan ilmu-ilmu perbomohan seperti mereka dan juga yang lainnya. Bila berlakunya peristiwa-peristiwa sebegini yang agak menghaibkan, mereka seharusnya kembali kepada Allah dan memohon petunjuk darinya, bukan merujuk kepada pengamal-pengamal ilmu ghaib yang tidak dapat dipastikan tentang kesahihannya.

Seandainya dia salah, kita perlu menasihatinya demi dirinya sebagai hamba Allah dan rakyat Malaysia. Di sini, saya memohon tindakan selanjutnya perlu diambil oleh pihak berkuasa untuk memastikan kesahihan perlakuan mereka. Moga-moga mereka diberi hidayah sebelum ajal menjemputnya.

Pendapat peribadi saya, tidak mustahil.. Kapal terbang MH370 itu, hancur musnah diserang, tenggelam di lautan atas masalah teknikal, diculik iblis dan syaitan (seperti di SegiTiga Bermuda)dan, mungkin lebih teruk dari itu kerana Allah itu Maha Berkuasa. Allah nak tunjuk pada manusia bahawa Dialah Allah. Dialah Yang Berkuasa atas Tiap-tiap sesuatu. Kalau masih tak percaya, dia masih berhak untuk tidak pertemukan kapal itu dengan kita. Wallahualam. Allah nak kita beringat!

Lihatlah wahai pembaca sekalian, Malaysia sedang pun mengalami ujian seperti yang dijanjikan oleh Allah di dalam al-Quran dimana;

1.     Kehadiran golongan anti-hadis yang dikepalai oleh Kassim Ahmad.

2.     Hujan tidak turun hampir 3 bulan.

3.     Isu COMANGO masih lagi tidak selesai walaupun pihak kerajaan telah menolak rayuan mereka yakni tuntutan kebebasan murtad, LGBT dan lain-lain. Nauzubillah. Semoga negara kita terus berkeras untuk menolaknya.

4.     Kematian yang berlaku di konsert Future Music.

Dan banyak lagi kejadian yang Allah berikan untuk menunjukkan bahawa Dialah yang Maha berkuasa.

Segala peristiwa yang berlaku pasti ada hikmahnya untuk kita sekalian umat manusia. Peristiwa kali ini membuktikan segala teknologi yang canggih dan maju ke hadapan ini masih belum membuktikan fungsinya dengan begitu baik. Bagaimana pula kata mereka yang mendakwa peristiwa ini suatu perancangan? Iaitu salah satu pihak yang ‘mencarinya’ adalah ‘dalangnya’.

Bagi menjawab persoalan ini, lihat balik siapa yang menciptakan manusia dengan pemikiran yang sebegitu bijak? Tidakkah Allah Yang Maha Besar?

Selepas kejadian ini berlaku, jelas kita boleh lihat semakin ramai hambanya mula kembali kepada Allah dengan wujudnya solat hajat perdana, berlumba-lumba mengajak orang berdoa dan kembali pada Allah, mengeratkan hubungan silaturrahim dengan berkongsi strategi dalam melakukan pencarian (SAR) dan banyak lagi. Inilah hikmah kehilangannya, kita mula kembali merujuk pada sang pencipta. Kita mencari dimana salah dan silap selok-belok penciptaan teknologi seperti menyemak semula fungsi radar-radar, kotak hitam dan sebagainya demi memastikan keselamatan penumpang.



Apa petanda semua ini ? Adakah kita sebagai hamba masih tidak mengenal lagi tanda-tanda kemurkaannya ? Apakah kita layak untuk ke syurga dengan mudah ? Kembalilah pada al-Quran dan sunnah rasulnya. Jika Allah nak turunkan bala, Allah tidak memilih bala yang diturunkan itu hanya untuk orang yang berdosa dengannya tetapi Allah beri juga tempiasnya pada mereka yang beriman. Bagi mereka yang beriman, Allah nak uji tahap keimanannya sehingga dia (hambanya) benar-benar layak untuk dimasukkan ke syurga dibawah naungan redhaNya.

Segala permasalahan perlulah merujuk kembali kepada pencipta. Jauhilah perkara-perkara yang mensyirikkan Allah. Rujuklah Allah, Dia yang menciptakan diantara langit dan bumi ini. #Jika ada salah dan silap mohon diperbetulkan. In shaa Allah.

Tanpa agama manusia binasa,
Tanpa ilmu manusia buta,
Tanpa iman manusia sengsara,
Tanpa ukhwah manusia tersiksa.
Ada agama datangnya pelita,
Ada ilmu datangnya harta,
Ada harta datangnya derma,
Ada ukhwah datangnya saudara.







Friday 21 March 2014

Surah al Kahfi Ayat 1-10

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.




(1). الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَنْزَلَ عَلَىٰ عَبْدِهِ الْكِتَابَ وَلَمْ يَجْعَلْ لَهُ عِوَجًا ۜ
Segala puji bagi Allah yang telah menurunkan kepada hamba-Nya Al Kitab (Al Qur'an) dan Dia tidak mengadakan kebengkokan di dalamnya.



(2). قَيِّمًا لِيُنْذِرَ بَأْسًا شَدِيدًا مِنْ لَدُنْهُ وَيُبَشِّرَ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا حَسَنًا
sebagai bimbingan yang lurus, untuk memperingatkan akan siksaan yang sangat pedih dari sisi Allah dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman, yang mengerjakan amal saleh, bahwa mereka akan mendapat pembalasan yang baik.



(3). مَاكِثِينَ فِيهِ أَبَدًا
mereka kekal di dalamnya untuk selama-lamanya.



(4). وَيُنْذِرَ الَّذِينَ قَالُوا اتَّخَذَ اللَّهُ وَلَدًا
Dan untuk memperingatkan kepada orang-orang yang berkata: "Allah mengambil seorang anak".



(5). مَا لَهُمْ بِهِ مِنْ عِلْمٍ وَلَا لِآبَائِهِمْ ۚكَبُرَتْ كَلِمَةً تَخْرُجُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ ۚإِنْ يَقُولُونَ إِلَّا كَذِبًا
Mereka sekali-kali tidak mempunyai pengetahuan tentang hal itu, begitu pula nenek moyang mereka. Alangkah jeleknya kata-kata yang keluar dari mulut mereka; mereka tidak mengatakan (sesuatu) kecuali dusta.



(6). فَلَعَلَّكَ بَاخِعٌ نَفْسَكَ عَلَىٰ آثَارِهِمْ إِنْ لَمْ يُؤْمِنُوا بِهَٰذَا الْحَدِيثِ أَسَفًا
Maka (apakah) barangkali kamu akan membunuh dirimu karena bersedih hati sesudah mereka berpaling, sekiranya mereka tidak beriman kepada keterangan ini (Al Qur'an).



(7). إِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى الْأَرْضِ زِينَةً لَهَا لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا
Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya, agar Kami menguji mereka siapakah di antara mereka yang terbaik perbuatannya.



(8). وَإِنَّا لَجَاعِلُونَ مَا عَلَيْهَا صَعِيدًا جُرُزًا
Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menjadikan (pula) apa yang di atasnya menjadi tanah rata lagi tandus.



(9). أَمْ حَسِبْتَ أَنَّ أَصْحَابَ الْكَهْفِ وَالرَّقِيمِ كَانُوا مِنْ آيَاتِنَا عَجَبًا
Atau kamu mengira bahwa orang-orang yang mendiami gua dan (yang mempunyai) raqim itu, mereka termasuk tanda-tanda kekuasaan Kami yang mengherankan?



(10). إِذْ أَوَى الْفِتْيَةُ إِلَى الْكَهْفِ فَقَالُوا رَبَّنَا آتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا
(Ingatlah) tatkala pemuda-pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)".



Jauhkan diri dari fitnah Dajjal dengan surah al-Kahfi.

Imam Muslim meriwayatkan dari hadits al-Nawas bin Sam’an yang cukup panjang, yang di dalam riwayat tersebut Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda,  Maka barangsiapa di antara kamu yang mendapatinya (berada dizaman Dajjal) hendaknya ia membacakan atasnya ayat-ayat permulaan surah al-Kahfi.


Dalam riwayat Muslim yang lain, dari Abu Darda’ radhiyallahu 'anhu, bahwa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda,

 Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat dari permulaan surah al-Kahfi, maka ia dilindungi dari Dajjal.

Yakni dari huru-haranya. Imam Muslim berkata, Syu’bah berkata, “Dari bahagian akhir surah al-Kahfi.” Dan Hammam berkata, “Dari permulaan surah al-Kahfi.” (Shahih Muslim, Kitab Shalah al-Mufassirin, Bab; Fadhlu Surah al-Kahfi wa Aayah al-Kursi: 6/92-93)
Imam Nawawi berkata, “Sebabnya, kerana pada awal-awal surah al-Kahfi itu terdapatnya keajaiban-keajaiban dan tanda-tanda kebesaran Allah. Maka orang yang mengamalkannya tidak akan tertipu dengan fitnah Dajjal.

Imam Ahmad berkata yang daripada Abi Darda' ra. yakni daripada Nabi saw, Baginda SAW bersabda: “Sesiapa yang menghafaz 10 ayat permulaan surah al-Kahfi maka terhindar daripada dajjal”.