Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Alhamdulillah, setinggi syukur terhadap illahi dimana saya masih diberi kesempatan untuk mengarang sedikit ulasan mengenai peristiwa yang tidak asing lagi di dunia yakni kehilangan kapal. #misteri #makhlukasing #konspirasi #realiti
In shaa Allah. Sebelum itu, mari doakan keselamatan penumpang yang
terlibat dan ketabahan waris-waris keluarga mereka menghadapi takdir ini,
meskipun mereka telah menemui ajal. Itu sememangnya lumrah alam. Namun perkara
itu bukan suatu kepastian. Wallahualam. Moga-moga mereka masih hidup. Aaminn..
Sudah banyak isu misteri kehilangan kapal seperti pada tahun-tahun
sebelum ini yakni pernah hilang sehingga 35 tahun, 55 tahun dan pelbagai lagi.
Hilang sahaja tidak memeningkan kepala, tetapi peristiwa yang mendakwa
kehilangan bertahun-tahun itu boleh kembali dengan melakukan pendaratan pesawat
tersebut dengan baik. Wallahualam, jika kehilangan itu dilakukan oleh
perkara-perkara misteri, Allah sahaja yang mampu menggerakkan mereka ke alam
ghaib. Lihat sini http://rynas.blogspot.com/2014/03/misteri-kehilangan-kapal-terbang.html.
Pesawat Boeing 777-200 (MH370) dengan 239 penumpang putus hubungan
dengan pusat kawalan udara Subang dua jam selepas berlepas dari Lapangan
Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi waktu tempatan ke
Beijing yang dianggarkan tiba pada waktu 6.30 pagi . Ia merupakan pesawat
perkongsian kod antara MAS dengan China Southern Airlines.
Hampir dua minggu telah berlalu sejak kehilangannya telah banyak
menimbulkan persoalan yang bermain di minda rakyat Malaysia, China dan juga
yang lain-lain. Pelbagai spekulasi dinyatakan oleh pihak kerajaan samada dalam
(Malaysia) ataupun luar, rakyat dan rakyat luar. Antara spekulasi-spekulasi
yang dinyatakan kita tidak boleh memandang remeh atau pun terus tolak
mentah-mentah tanpa dikaji dahulu dengan teliti meskipun ia berbunyi agak tidak
masuk akal. Mari lihat spekulasi-spekulasi yang dinyatakan oleh mereka mengikut
tahap penerimaan akal (pengumpulan dari artikel diluar sana):
1. Hilang dari radar kerana masalah teknikal
iaitu mengalami kerosakan transponder.
2. Mengalami kegagalan enjin lalu terhempas
di lautan berhampiran Vietnam.
3. Pakat penerbangan dan editor
airlineratings.com Geoffrey Thomas berkata kepada akhbar milik Fairfax Media
itu beliau menjangkakan pesawat tersebut berkemungkinan terlibat dengan
"bencana letupan mengejut" kerana tiada sebarang panggilan kecemasan
atau amaran dibuat.
4. Dirampas atau 'hijacked' oleh pengganas.
5. Meletup disebabkan pemasangan bom di
muncung kapal terbang.
6. Sesat ke dimensi lain. #segitigabermuda
#dajjal
7. Konspirasi Amerika Syarikat dimana mereka
sengaja merekacipta timeline kehilangan pesawat dan menganggap merekalah jalan
akhir untuk membantu kita.
Pelbagai dakwaan lain antaranya ialah dari http://news.liputan6.com/read/2024354/5-dugaan-masuk-akal-misteri-hilangnya-malaysia-airlines-mh370.
Apa sahaja dakwaan dan spekulasi di atas telah banyak dihuraikan
dan dijawab pada artikel kebanyakan penulis dan pengkaji teori konspirasi
diluar sana. Baiklah, kita lihat pula pada kejadian dan peristiwa yang tidak
masuk akal dan memalukan negara serta pentadbiran Malaysia.
Berkenaan dengan ‘Raja Bomoh’, Ibrahim Mat Zain, ulasan yang
diberikan oleh ulama tersohor tanah air-Ustaz Azhar Idrus, ialah kita tidak
boleh terus-menerus menuduh mereka sesat, syirik dan pelbagai lagi sehingga
kita tidak dapat membuktikannya. Walau bagaimanapun, kita perlu berhati-hati
agar perlakuan yang boleh hampir kepada mensyirikkan Allah itu mesti dijauhi.
Allah telah menegaskan hambanya untuk menyembah kepadanya dan dan
tidak menyekutukannya. Sebagai mana firmannya dalam surah an-Nisa ayat 36
sebagai berikut :
Maksudnya : “Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun.”
Syirik adalah perkara yang sangat berbahaya dalam agama ini bahkan disebut juga dosa yang paling besar tidak ada dosa besar lagi setelahnya, dan Allah tidak akan mengampuni dosa syirik jika seseorang tidak bertaubat kepada Allah dengan taubat nasuha , sebagaimana Allah berfirman dalam Al Qur’an dalam surah an-Nisa Ayat 48 :
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, Maka sungguh ia Telah berbuat dosa yang besar.” Lihat lagi: http://anshormhd.blogspot.com/2013/02/bahaya-syirik.html#sthash.N4uvXeGs.dpuf
Maksudnya : “Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun.”
Syirik adalah perkara yang sangat berbahaya dalam agama ini bahkan disebut juga dosa yang paling besar tidak ada dosa besar lagi setelahnya, dan Allah tidak akan mengampuni dosa syirik jika seseorang tidak bertaubat kepada Allah dengan taubat nasuha , sebagaimana Allah berfirman dalam Al Qur’an dalam surah an-Nisa Ayat 48 :
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, Maka sungguh ia Telah berbuat dosa yang besar.” Lihat lagi: http://anshormhd.blogspot.com/2013/02/bahaya-syirik.html#sthash.N4uvXeGs.dpuf
Berikutan bacaan khutbah solat Jumaat ditempat saya, khatib
menerangkan bahawa Allah nak tunjuk bahawa bumi nusantara yakni tanah melayu
dan sekitarnya terlalu banyak mengamalkan khurafat dan perkara taghut!
Minda-minda rakyat Malaysia masih tidak lekang dengan ilmu-ilmu perbomohan seperti
mereka dan juga yang lainnya. Bila berlakunya peristiwa-peristiwa sebegini yang
agak menghaibkan, mereka seharusnya kembali kepada Allah dan memohon petunjuk
darinya, bukan merujuk kepada pengamal-pengamal ilmu ghaib yang tidak dapat
dipastikan tentang kesahihannya.
Seandainya dia salah, kita perlu menasihatinya demi dirinya
sebagai hamba Allah dan rakyat Malaysia. Di sini, saya memohon tindakan
selanjutnya perlu diambil oleh pihak berkuasa untuk memastikan kesahihan
perlakuan mereka. Moga-moga mereka diberi hidayah sebelum ajal menjemputnya.
Pendapat peribadi saya, tidak mustahil.. Kapal terbang MH370 itu,
hancur musnah diserang, tenggelam di lautan atas masalah teknikal, diculik
iblis dan syaitan (seperti di SegiTiga Bermuda)dan, mungkin lebih teruk dari
itu kerana Allah itu Maha Berkuasa. Allah nak tunjuk pada manusia bahawa Dialah
Allah. Dialah Yang Berkuasa atas Tiap-tiap sesuatu. Kalau masih tak percaya,
dia masih berhak untuk tidak pertemukan kapal itu dengan kita. Wallahualam.
Allah nak kita beringat!
Lihatlah wahai pembaca sekalian, Malaysia sedang pun mengalami
ujian seperti yang dijanjikan oleh Allah di dalam al-Quran dimana;
1. Kehadiran golongan anti-hadis yang
dikepalai oleh Kassim Ahmad.
2. Hujan tidak turun hampir 3 bulan.
3. Isu COMANGO masih lagi tidak selesai
walaupun pihak kerajaan telah menolak rayuan mereka yakni tuntutan kebebasan
murtad, LGBT dan lain-lain. Nauzubillah. Semoga negara kita terus berkeras
untuk menolaknya.
4. Kematian yang berlaku di konsert Future
Music.
Dan banyak lagi kejadian yang Allah berikan untuk menunjukkan
bahawa Dialah yang Maha berkuasa.
Segala peristiwa yang berlaku pasti ada hikmahnya untuk kita
sekalian umat manusia. Peristiwa kali ini membuktikan segala teknologi yang
canggih dan maju ke hadapan ini masih belum membuktikan fungsinya dengan begitu
baik. Bagaimana pula kata mereka yang mendakwa peristiwa ini suatu perancangan?
Iaitu salah satu pihak yang ‘mencarinya’ adalah ‘dalangnya’.
Bagi menjawab persoalan ini, lihat balik siapa yang menciptakan
manusia dengan pemikiran yang sebegitu bijak? Tidakkah Allah Yang Maha Besar?
Selepas kejadian ini berlaku, jelas kita boleh lihat semakin ramai
hambanya mula kembali kepada Allah dengan wujudnya solat hajat perdana,
berlumba-lumba mengajak orang berdoa dan kembali pada Allah, mengeratkan
hubungan silaturrahim dengan berkongsi strategi dalam melakukan pencarian (SAR)
dan banyak lagi. Inilah hikmah kehilangannya, kita mula kembali merujuk pada
sang pencipta. Kita mencari dimana salah dan silap selok-belok penciptaan
teknologi seperti menyemak semula fungsi radar-radar, kotak hitam dan
sebagainya demi memastikan keselamatan penumpang.
Apa petanda semua ini ? Adakah kita sebagai hamba masih tidak
mengenal lagi tanda-tanda kemurkaannya ? Apakah kita layak untuk ke syurga
dengan mudah ? Kembalilah pada al-Quran dan sunnah rasulnya. Jika Allah nak
turunkan bala, Allah tidak memilih bala yang diturunkan itu hanya untuk orang
yang berdosa dengannya tetapi Allah beri juga tempiasnya pada mereka yang
beriman. Bagi mereka yang beriman, Allah nak uji tahap keimanannya sehingga dia
(hambanya) benar-benar layak untuk dimasukkan ke syurga dibawah naungan
redhaNya.
Segala permasalahan perlulah merujuk kembali kepada pencipta.
Jauhilah perkara-perkara yang mensyirikkan Allah. Rujuklah Allah, Dia yang
menciptakan diantara langit dan bumi ini. #Jika ada salah dan silap mohon diperbetulkan. In shaa Allah.
Tanpa agama manusia binasa,
Tanpa ilmu manusia buta,
Tanpa iman manusia sengsara,
Tanpa ukhwah manusia tersiksa.
Ada agama datangnya pelita,
Ada ilmu datangnya harta,
Ada harta datangnya derma,
Ada ukhwah datangnya saudara.
No comments:
Post a Comment