Pages

Saturday, 29 March 2014

4 Tokoh Ulama Tanah Air

Ustaz Azhar Idrus



Dikenali juga sebagai Ustaz YouTube. Beliau asal Terengganu. Beliau telah mengubah cara penyampaian dalam pangjaran ilmu-ilmu agama. Ianya suatu perubahan dalam kuliah agama untuk menarik ramai pendengar bukan ramai peminat. Kerana dari mendengar itu ajaran Allah boleh sampai ke generasi seterusnya tanpa merasa jemu. Kuliahnya yang menarik perhatian membuatkan ramai anak muda sering hadir ke kuliahnya walaupun jauh dan terpaksa merasa sesak untuk mendengarkan ilmu yang ingin disampaikanya.
Hasilnya, ramai anak muda berubah dari tidak baik kepada yang baik.

Kata-kata dalam ceramahnya bagi mereka yang mudah memahaminya memberi kesan dalam ibadat para pendengarnya. Kata-katanya yang 'double-meaning' membuatkan suasana ceramah di masjid-masjid ataupun surau bertambah ceria dengan ilmu yang disampaikannya




Begitu juga dengan caranya yang menarik anak muda untuk mengikutinya. Beliau melibatkan diri dalam fotografi, sukan berbasikal, bermotor dan banyak lagi. Beliau pernah berkata bahawa siapapun kita, nak main gitar ke, nak main motor ke, kereta ke, bab hukum hakam kita mesti berdamping dengan ulama. Biar ulama macam artis, jangan artis macam ulama.





Ustaz Don Daniyal Don Biyajid




Ustaz Don dikenali ramai melalui rancangannya 30 Minit Ustaz Don di tv Al Hijrah. Bagi saya, saya suka dengan cara penyampaiannya yang agak spontan walaupun ianya adalah rancangan tv secara siaran langsung. Gelagatnya membuatkan orang ramai mengukir senyuman disamping mendengar penyampaiannya. Kekadang, ia menunjukkan kegelisahannya jika terlupa kepada sesuatu, membuatkan ianya kelihatan seorang yang jujur.



Penyampaiannya yang agak lemah lembut membuatkan ramai orang tertarik dengan ceramahnya serta membuatkan ramai orang hadir ceramahnya seperti di majlis Cinta Masjid. Begitu juga dengan UAI, beliau juga berminat berpenampilan gaya moden sebagai kemudahanya untuk mendekati jiwa anak muda.


Ustaz Haslin Baharin



Ustaz Haslin atau dengan nama glamornya Ustaz Bollywood. Beliau dikenali dengan nama Ustaz Bollywood kerana kemerduannya dan alunan gaya Pakistannya membuatkan ramai orang terhibur dengan bacaan hadis mahupun al-Quran diselangi dengan maknanya yang membuatkan pendengar mudah memahami apa yang disampaikan oleh Allah dan Rasulnya.





Ustaz Kazim Elias




Ustaz Kazim Elias aka UKE juga seorang pendakwah yang lembut dalam ceramahnya, dia jarang berkasar atau memarahi sesuatu pihak tapi beliau lebih suka berlembut dalam menyampaikan dakwah Islamiyah. 



Beliau sering membawa ceramah bertemakan kekeluargaan dan jodoh. Ceramahnya dapat menarik perhatian anak muda yang ingin mendirikan 'masjid' dan para ibu yang mengalami konflik rumah tangga.

In shaa Allah, dengan hadirnya ulama dan tokoh seperti mereka kita mudah untuk merujuk mereka dalam penyelesaian masalah dalam ibadat kita. Oleh itu, kita perlu rajin untuk menghadiri ke pusat-pusat ilmu dan ke masjid ataupun surau untuk menuntut ilmu yang mereka sampaikan secara percuma disamping berhibur diatas landasan agama. Inilah yang kita mahu cari, hiburan islam. In shaa Allah

No comments:

Post a Comment