Pages

Tuesday, 21 October 2014

Binasalah Umat Akhir Zaman

Assalamualaikum, hari ini saya mengarang penulisan ini adalah kerana saya terlihat fenomena di langit iaitu percikan kilat sambar-menyambar di balik awan sekitar selepas maghrib. Mungkin ianya hanya fenomena biasa, tetapi kali ini seteah melihat ia, hati ini mula terdetik bahawa kejadian tersebut mungkin sedang menyampaikan berita pada makhluk sekian alam. Naluri ini berkata ia bukan lagi percikan yang biasa-biasa. Tanpa hujan. Tanpa guruh. Baiklah, kali ini kita akan menyebut tentang kebinasaan yang diberikan Allah kepada umat terdahulu dan perbuatan-perbuatan umat terdahulu (yang menyebabkan kemurkaan Allah) dilakukan oleh umat Islam kini yakni umat Muhammad saw.

1. Kaum Nabi Luth as
Umat nabi Luth terkenal dengan perbuatan homoseksual dan lesbian, iaitu hanya mahu berkahwin dengan pasangan sesama jenis. Apabila sudah diberi peringatan, mereka tetap melakukannya dan tidak mahu bertaubat. Akhirnya Allah memberikan mereka azab berupa gempa bumi yang dahsyat disertai angin kencang dan batu sehingga hancurlah rumah-rumah mereka . Kaum nabi Luth ini akhirnya tertimbun dibawah runtuhan rumah-rumah mereka sendiri. (al-Syuara: 160, al-Naml: 54, al-Hijr: 67, al-Furqan: 38, Qaf: 12)

Apakah mereka yang terdahulu seperti begini ? Lihat sendiri, sesetengah negara menghalalkan hubungan sesama jenis atas alasan keadilan. Keadilan yang terkutuk. LGBT singkatan daripada Lesbian Gay Bisexual dan Transgender. Nauzubillah.




2. Kaum Nabi Syuaib as
Nabi Syuaib diutuskan kepada kaum Madyan. Kaum Madyan ini dihancukan oleh Allah kerana mereka suka melakukan penipuan dan penyelewengan dalam perniagaan. Apabila membeli, mereka meminta dilebihkan dan apabila menjual selalu megurangi. Allah pun mengazab mereka berupa hawa panas yang teramat sangat. Mereka cuba berlindung ditempat yang teduh. Hal itu tidak mampu mengelakkan mereka dari rasa panas. Akhirnya mereka binasa. (at-Taubah: 70, al-Hijr:78, Thaaha: 40, al-Hajj: 44)
Sehingga kini, penyelewangan dalam perniagaan masih berlaku termasuklah perbuatan rasuah yang boleh menyebabkan kerugian pihak lain. Malah segelintir peniaga tersebut sanggup menyorokkan barangan jualannya untuk mengambil kesempatan dengan menaikkan harga.



Daripada Abu Hurairah r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda "Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan tipuan. Pada waktu itu si pendusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan dusta. Pengkhianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berkesempatan berbicara (cuba membetulkan) hanyalah golongan "Ruwaibidhah". Sahabat bertanya "Apakah Ruwaibidhah itu wahai Rasulullah?" Nabi SAW menjawab "Orang kerdil, hina, dan tidak mengetahui bagaimana hendak mengurus orang ramai" (HR Ibnu Majah)

3. Firaun
Kaum Bani Israel sering ditindas oleh Firaun. Allah mengutus nabi Musa dan nabi Harun untuk memperingatkan Firaun akan azab Allah. Namun, Firaun malah mengaku sebagai Tuhan. Firaun akhirnya maut dilaut Merah  dan jasadnya tidak reput dan telah ditemui oleh ahli arkeologi moden. Hingga kini masih boleh disaksikan di muzium mumia di Mesir. (al-Baqarah: 50, Yunus: 92)
Tiada Tuhan Selain Allah. Maha Suci Allah. Sehingga kini, ada lagi manusia yang menganggap dirinya adalah Tuhan. Yang peliknya, tiada apa pun yang ‘ajaib’ untuk dijadikan bukti oleh mereka yang mengaku sebagai tuhan tetapi masih ramai juga yang mengikutnya. Berikut adalah antara link yang boleh saya kongsikan.


4. Ashab al-Ukhdudd
Ashab al-Ukhdudd adalah sebuah kaum yang menggali parit dan menolak untuk beriman kepada Allah, termasuk rajanya. Sementara itu,  sekelompok orang yang beriman dicampakkan kedalam parit yang telah dibakar, termasuk seorang wanita yang tengah mengendong seorang bayi. Mereka dikutuk oleh Allah. (al-Buruj: 4-9)

Lihat sahaja apa yang berlaku di Myanmar. Umat Islam Rohingya dibunuh dengan kejam. Apa yang berlaku disana adalah ‘holocaust’ iaitu penghapusan etnik.





Daripada Tsauban r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda "Hampir tiba suatu zaman di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang kelaparan mengerumuni bekas hidangan mereka" Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi SAW menjawab "Bahkan kamu pada hari itu terlalu ramai, tetapi kamu umpama buih pada masa banjir, dan Allah akan mencabut rasa gentar terhadap kamu daripada hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan melemparkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan'. Seorang sahabat bertanya "Apakah 'wahan' itu, wahai Rasulullah?" Rasulullah menjawab "Cinta dunia dan takut mati" (HR Abu Daud)

Maha suci Allah. Sesungguhnya tanda-tanda kecil Kiamat itu telah lengkap sempurna dan dunia sedang menanti tanda-tanda yang besarnya. Semoga kita terlindung dari fitnah dan bahana Dajjal. Lihatlah isu terkini, ulama telah dilabel ‘sikit-sikit haram’, ‘tahunya haram sahaja’. Hukum-hakam Allah mula dipermain-mainkan. Ingatlah pesan Rasulullah

Daripada Abu Hurairah r.a. Beliau berkata, Bersabda Rasulullah SAW "Islam mula berkembang dalam keadaan asing. Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing" (HR Muslim)

Wallahualam.


No comments:

Post a Comment