Pages

Saturday 25 February 2012

Simbol 'Peace' | Budaya Rasulullah vs Budaya Yahudi (Updated)


Budaya Yahudi ?

Suka simbol ini ? Selalu buatkan ? Lagi-lagi budak perempuan. Ada maksud disebalik segala apa yang kita buat.

Sila perhatikan isyarat jari seperti gambar diatas. Mungkin anda pernah melihatnya dan ikut melakukannya terutama ketika bergambar.Ya,itu adalah simbol 'PEACE/KEAMANAN' seperti yang digembar gemburkan diseluruh dunia. Kita biasa melakukannya sebagai isyarat spontan terutama ketika bergambar. Tetapi berhati-hatilah,kerana ada sesuatu maksud terhadap 'simbolik' pada perbuatan tersebut ('V'). Sekiranya anda belum mengetahui,sila ambil tahu sekarang.


Simbol ini berasal dari simbol syaitan yang diamalkan semasa upacara keagamaan Yahudi. Simbol ini telah digunakan oleh Yasser Arafat (Bekas Presiden Palestin), Richard Nixon (Bekas Presiden amerika) dan Winston Churchil (Bekas Presiden Amerika).

Lambang kedamaian pada tangan sebenarnya simbol gerakan Illuminati.Tanda “v” mempunyai pelbagai sejarah. V (tanda tangan) adalah tanda huruf Roman yang bermaksud nombor 5 dan Adam Weishaupt menggunakan simbol ini dalam gerakan rahsianya iaitu Illuminati (pertubuhan Yahudi). Ahli-ahli Illuminati akan menggunakan simbol ini sebagai tanda “Law of Fives” (Hukum Lima).
Di dalam tulisan Yahudi, huruf V (Van) bermaksud ‘Nail’ (Kuku). The Nail adalah salah satu tanda rahsia Syaitan yang digunakan dalam upacara penyembahan berhala. Syaitan ingin membiarkan kita tahu bahawa itu adalah tanda kegemarannya. Anton Lavey, pengasas Church of Satan (Gereja Syaitan), menggunakan simbol PEACE sebagai latar belakang mimbar upacara penyembahannya. Salah seorang penyelidik menegaskan, simbol PEACE adalah dari simbol kumpulan Yahudi yang anti Kristian (antiChrist). Mereka mengambil salib kristian dan mematahkannnya ke atas dan menerbalikkannya ke bawah. Tanda 3 palang yang menghala ke bawah membawa maksud ; Past (Palang kanan), Present (Palang tengah) dan Future (Palang kiri)

Gambar sebelah kiri adalah simbol yang telah diubahsuai dan digunakan sekarang, gambar tengah adalah cabang asal 3 rukun gerakan syaitan atau kedamaian oleh syaitan dan gambar sebelah kanan adalah logo asal kumpulan Gereja Syaitan. Lihat gambar kecil berbentuk bunga di atas palang, ia adalah logo nazi.
Sumber : IbnuYaacob
Prepared By : PermataDunia

Budaya Rasulullah ?

PEACE bukan lah satu lambang yang baru sahaja diada-adakan oleh masyarakat, sebaliknya lamabang tangan berbentuk V tersebut adalah satu sunnah yang dicetuskan oleh Baginda Nabi SAW dalam beberapa hadis yang diberi taraf sohih oleh para Imam semua mazhab.

Mengikut hadis Riwayat Ahmad dalam Sunannya:
عن أبى أمامة عن النبي صلى الله عليه وسلم قال من مسح رأس يتيم أو يتيمةلم يمسحه إلا لله كان له بكل شعرة مرت عليها يده حسنات ومن أحسن

إلى يتيمةأو يتيم عنده كنت أنا وهو فى الجنة كهاتين وقرن بين أصبعيه (رواه أحمد )


Dari Abu Umamah dari Nabi saw berkata: barangsiapa yang mengusap kepalaanak yatim laki-laki atau perempuan karena Allah, adalah baginya setiaprambut yang diusap dengan tangannya itu terdapat banyak kebaikan,dan barang siapa berbuat baik kepada anak yatim perempuan ataulaki-laki yang dia asuh, adalah aku bersama dia disurga seperti ini,beliau mensejajarkan dua jari-nya. (Riwayat Ahmad)

Mengikut Ustaz Fadhlulzaman, (Degree Syariah Universiti Al-Azhar, Master in UM), perilaku rasulullah ketika menunjukkan jari-jarinya itu adalah sama seperti lambang peace yang diamalkan oleh pejuang-pejuang Palestin yang kerap kita tonton di media massa menunjukkan lambang peace.



Dalam hadis yang lain,

أنا وكافل اليتيم فى الجنة هكذا وأشار بالسبابة والوسطى وفرج بينهما شيئا(رواه البخاري ، كتاب الطلاق ، باب اللعان )


Aku dan pengasuh anak yatim berada di Surga seperti ini, Beliau memberi isyarat dengan jari telunjuk dan jari tengah-nya dan beliau sedikit merengganggangkan kedua jarinya. (Riwayat Bukhari)

Masha allah. Sesungguhnya sunnah nabi itu amat mudah dan barangsiapa melakukannya pahala, barangsiapa tidak mahu melakukannya, maka tiada dosa. Wallahuaklam.
Mengikut pendapat saya pula, simbol yang di beritahu dalam hadis tersebut merujuk kepada perbuatan Rasulullah terhadap anak yatim, bukan ke'aman'an. Kebanyakan orang terutama perempuan, apabila mengambil gambar, mereka akan menayangkan simbol ini. Gambar juga dikenali sebagai pengenalan diri kita. Jadi, jika kita mengenalkan diri kita sebegitu, sudah tentu orang yang mengetahuinya dapat mengenalpasti. Bagi Yahudi, simbol itu menunjukan pengenalan diri kita bahawa kita seorang ahli pertubuhan Yahudi iaitu Illuminati. Maka, elakkanlah perbuatan ini semasa mengambil gambar, atau semasa kita bertemu sesama rakan. Apa yang disampaikan hadis itu pula, ia berkaitan dengan anak yatim, jadi ianya bukanlah menunjukan kita seorang antiKristian (antiChrist) iaitu pengikut Lucifer (Iblis). Kita hanya manusia biasa yang dapat mengkaji dengan sedikit ilmu sahaja. Walau bagaimanapun, setiap perkara bermula dengan niat dan tidak salah sekiranya ianya tidak menimbulkan fitnah kepada diri sendiri, keluarga mahupun agama dan akhir sekali Allah Maha Mengetahui. Wallahualam ..

3 comments:

  1. TERDAPAT SEDIKIT KESILAPAN DALAM PENGELUARAN ARTIKEL INI. DIHARAPKAN TIADA SIAPA YANG MENGAMBILNYA LAGI. MOHON MAAF DARI PENULIS -ARIFF RAZ-

    ReplyDelete
  2. Aduh.. Aye baru saja posting ke g+..

    ReplyDelete
  3. apa ni? tak faham. symbol V dari nabi bertujuan untuk memberitahu betapa dekatnya org yg berbuat baik dengan anak yatim dgn baginda. mengapa kamu anggap simbol itu satu sunnah? apakah kita membuat simbol V pada tangan dgn niat meniru nabi mendapat pahala sunnah? fahaman apa ni?

    ReplyDelete