Pages

Friday, 18 May 2012

Panduan Pilih Basikal | Mountain Bike

PERBINCANGAN RINGKAS MENGENAI XC, FREERIDE SERTA DOWNHILL DAN BASIKAL BAGAIMANA YANG HARUS KITA MILIKI ..
Full Suspension(rear absorber) XC MTB

XC Mountain Bike




XC - Merentas kampung negeri atau kawasan atau “Cross Country” atau 4X. Jenis tungangan basikal yang jauh, biasanya melalui berbagai-bagai suasana perjalanan seperti berturap, tanah merah, rata, berbukit, pasir pantai, berselut, mendaki, menuruni cerun atau bukit, cerun berbatu, cerun berakar-akar dan berbagai halangan lagi. Perjalanannya tidak boleh diramal, ada kalanya santai sahaja, tetapi ada ketikanya mencapai tahap downhill. Kategori ini biasanya melibatkan 80% penunggang yang menunggang MTB. Kategori ini memerlukan basikal yang lasak, ringan dan selesa ditunggang sama ada hardtail, softtail atau full suspension. Set gearnya mesti banyak pilihan kerana cabarannya adalah berbagai. Basikal jenis ini boleh dibeli dengan harga dari semurah RM800.00(yang berkualiti).

Downhill Mountain Bike
Elak risiko tinggi dengan pemakaian helmet 'full face'


DH - Downhill, tunggangan basikal menuruni bukit yang mencabar dan ditetapkan masa untuk sampai ke bawah bukit. Biasanya tunggangan ini mempunyai satu trek yang khusus. Halangan adalah dicipta, dan ianya boleh diramal serta boleh dibuat latihan dari masa ke semasa kerana bentuk trek serta halangannya adalah sudah ditetapkan. Halangan-halangannya sangat extreme seperti menuruni bukit curam, mengambil selekoh tajam pada kelajuan tinggi, membuat lompatan melebihi 5 kaki, kawasan cerun berbatu-batu, trek berakar-akar dan sebagainya. Kategori ini memerlukan basikal yang spesifikasi khusus, biasanya basikal yang tahan hentakkan, berat dan full suspension dan suspensionnya mestilah banyak “free” atau travel besar. Basikal jenis ini boleh dibeli dengan harga serendah RM5,000.00.

Freeride Mountain Bike
Meniti jambatan tiruan dengan kelajuan yang tinggi


FR - Freeride adalah penunggangan di kawasan yang sangat teknikal seperti menuruni bukit, mengambil selekoh tajam pada kelajuan tinggi, membuat lompatan, meniti batang kayu atau jambatan kecil, kawasan berbatu, trek berakar-akar dan sebagainya. Tunggangan Trail boleh di masukkan dalam kategori ini juga. Ada juga trek di dalam bandar yang melibatkan menuruni anak tangga. Biasanya kategori ini mempunyai trek yang khusus dan direka bagi menguji dan mencabar kecekapan penunggang. Kategori ini memerlukan basikal yang berspesifikasi tinggi spesifikasinya di antara XC dengan Downhill. Biasanya basikal yang tahan hentakkan, tidak terlalu berat dan full suspensen serta suspensennya mestilah banyak “free” atau travel besar. Basikal jenis ini boleh dibeli dengan harga serendah RM3,000.00.



Seperti yang dibincangkan di atas, 80% penunggang MTB terlibat dengan XC, jadi bagi penunggang MTB yang baru bermula boleh memiliki MTB semurah RM800.00, usah perlu melihat MTB yang dimiliki orang lain. Setelah anda telah mempunyai stamina, kemahiran dan minat yang lebih mendalam, maka basikal permualaan itu boleh dijual dan bolehlah anda membeli MTB yang lebih selesa serta lebih prestasinya yang boleh dibeli dengan sekitar harga RM2,000.00. Bila anda sudah serasi atau sebati dengan MTB atau lebih tepat lagi dah gila MTB.... maka keluarlah bajet yang anda mampu atas kerelaan anda dan tidak lupa jangan tipu isteri anda harga MTB yang anda impikan tu... he.. hee... heee.....


Sumber : http://bicyclebuysell.com/view_item.php?id=159019 

No comments:

Post a Comment