Pages

Friday, 13 July 2012

Ramadhan Kembali Lagi




Ahlan wa Sahlan Ya Ramadhan.. ! 

"Ya Allah, terima kasih kerana sudah memberikan kesempatan untuk kembali bertemu dengan bulan suci Ramadhan ini. Moga dipertemukan juga kami pada Ramadhan yang akan datang. Lindungilah kami dari perkara-perkara yang tidak diingini. Semoga hamba boleh memanfaatkannya sebaik-baiknya. Maha suci Engkau Ya Allah…"

Fadhilat Solat Tarawikh

Diriwayatkan oleh Saidina Ali Abi Talib r.a katanya; Telah ditanya oleh sahabat-sahabat akan Rasulullah saw, tentang kelebihan sembahyang tarawikh pada malam-malam bulan Ramadhan sabdanya:

Malam pertama
Telah keluar orang mukmin daripada dosanya pada malam itu sepertimana sewaktu dilahirkan oleh ibunya.

Malam kedua
Diampunkan dosanya serta dosa ibu bapanya.

Malam ketiga
Berseru malaikat di bawah arasy supaya kamu meneruskan sembahyang tarawikh berikutnya semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kamu.

Malam keempat
Mendapat pahala orang yang membaca Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam kelima
Dikurniakan pahala seumpamanya orang bersolat di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam keenam
Diberi pahala para malaikat yang tawaf di Baitul Makmur (70000 malaikat sekali tawaf) serta setiap batu dan tanah mendoakan supaya diampunkan dosa-dosanya.


Malam ketujuh
Seolah-olah dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolongnya menentang Firaun dan Haman.


Malam kelapan
Dikurniakan pahala seperti yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.


Malam kesembilan
Seolah-olah dia menyembah Allah seperti nabi-nabi menyembah Allah.


Malam kesepuluh
Dikurniakan kebaikan di dunia dan di akhirat.


Malam kesebelas
Keluar dia dari dunia (mati) dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.


Malam kedua belas
Datang dia pada hari akhirat dengan muka bercahaya (cahaya ibadah).


Malam ketiga belas
Datang dia pada hari akhirat dalam aman sentosa daripada setiap kejahatan dan keburukan.


Malam keempat belas
Datang para malaikat menyaksikan dia sembahyang tarawaikh serta tiada Allah menyesatkannya pada hari akhirat.


Malam kelima belas
Semua malaikat yang menanggung arasy Khursi berselawat dan mendoakan supaya Allah mengampunkan orang yang bersembahyang tarawikh.


Malam keenam belas
Dituliskan baginya lepas dari neraka dan dimasukkannya ke syurga.


Malam ketujuh belas
Diberikan pahala sebanyak pahala nabi.


Malam kelapan belas
Hai! hamba Allah, sesungguhnya Allah telah redha kepada kamu dan ibu bapa kamu (yang masih hidup atau telah mati)


Malam kesembilan belas
Ditingkatkan serta ditinggikan darjatnya di dalam syurga Firdaus.


Malam kedua puluh
Diberi pahala sekalian mereka yang mati syahid dan para solehin.


Malam kedua puluh satu
Dibinakan sebuah istana di dalam syurga daripada nur.


Malam kedua puluh dua
Datang dia pada hari akhirat , aman daripada dukacita dan kerisauan.


Malam kedua puluh tiga
Dibina baginya sebuah bandar di dalam syurga.


Malam kedua puluh empat
Dibuka peluang berdoa sebanyak 24 kali yang sangat mustajab. (Elok sekali berdoa sewaktu sujud)


Malam kedua puluh lima
Diangkat baginya seksaan kubur.


Malam kedua puluh enam
Diberikan pahala ibadah 40 tahun.

Malam kedua puluh tujuh
Melintas titian sirat di hari akhirat seperti kilat menyambar.

Malam kedua puluh lapan
Diangkat 10000 kali darjat di akhirat.

Malam kedua puluh sembilan
Dikurniakan pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam ketiga puluh
"Hai hamba-Ku! Makanlah segala jenis buahan yang engkau handak makan di dalam syurga dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salaabil serta minumlah air daripada telaga nabi yang bernama Kauthar"

S E L A M A T  B E R A M A L !


No comments:

Post a Comment