Pages

Saturday, 5 January 2013

The Memories with Math



Kini aku sudahpun melangkah ke alam yang lebih mencabar, dimana semua orang seperti aku akan terus mencari ilmu pengetahuan secara formal di peringkat yang lebih tinggi. Sambil menunggu keputusan SPM, ramai rakan-rakan aku yang sedang menceburi alam pekerjaan untuk sementara. Aku ? Aku tidak bekerja, mungkin kerana aku tidak terlalu perlukannya atau kurang berminat atau belum mendapat keizinan dari orang tuaku. Aku mungkin terdesak, tapi tidaklah terlalu terdesak untuk mencari wang tambahan. Apapun, ianya bukanlah masalah bagi aku. Setelah habis waktu persekolahan, waktu-waktu macam ini, aku buat kerja sekolah lagi-lagi matematik.



Masa aku berada diperingkat sekolah rendah, subjek matematik itu umpama subjek-subjek biasa. Aku rasa senang dan susah. Tapi sejak aku naik ke darjah 5, matematik mula menyusahkan aku. Ternyata aku juga seorang yang malas untuk mengulangkaji pelajaran. Kalau buat unlangkaji pun, subjek lain yang aku lakukan, tidak pada matematik. Ayah aku sering marah dengan aku kerana matematik aku teruk. Aku benci matematik sehingga naik ke tingkatan 3. Waktu aku menduduki peperiksaan PMR, aku buat sekadar yang aku tahu, dan kebanyakkan kosong.haha.. Bila keputusan keluar, matematik aku C. Itupun dah menjadi adat dalam peperiksaan besar dimana perletakan gred dan markahnya adalah ringan.

Tahun 2011, aku melangkah ke tingkatan 4. Di situ bermulanya transformasi aku terhadap subjek matematik. Didorong oleh seorang hamba yang warak dan bersifat seorang guru yang penyayang serta mudah didekati juga mudah menjadi kawan. Dia cikgu matematik aku sendiri. Dia bukan sekadar insan lepasan Ijazah Sarjana Muda Fizik dan Matematik malah dia juga seorang yang penyayang dan bersifat pendakwah serta selalu memberi nasihat kepada kami. Sejak hari pertama dia mengajar aku, tahu-tahu jelah kan, zaman remaja ni perasaan 'kasih sayang' sesama insan itu kian memuncak. Apapun, setiap insan perlu mengawal perasan tersebut agar tidak mengundang dosa. Aku mula tertarik denganya. Setiap kali kelas matematik bermula, aku cuba untuk menghormatinya sebagai seorang manusia. Sudah menjadi sifat aku, hanya orang-orang tertentu sahaja akan aku terlalu menghormatinya kerana sifatnya yang islamik dan menjaga setiap perkataannya terutama sekali perempuan. Kadang-kadang, aku tidak sampai hati untuk memandang wajahnya. Aku tidaklah bermaksud aku tidak menghormati orang perempuan yang lain, cuma dengan mereka yang lain itu, perlu dilihat pada caranya. Aku ada seorang kawan perempuan yang mulutnya agak peramah, jadi aku cuba untuk menyesuaikan diri ketika berbicara dengannya. Sifat aku ini semuanya kerana malu terutamanya terhadap perempuan.



Hari berganti hari, otak aku mula merancang sesuatu untuk cuba lebih dekat dengan dia. Dengan bantuan kawan aku, aku minta no telefonya. Aku dapat. Tapi aku tak pernah cuba untuk menghubunginya. Cinta aku dalam diam. Aku pernah dengar bahawa, Saidina Ali kw sukakan Fatimah ra tapi Fatimah ra tidak mengetahuinya begitu juga perasaan Fatimah ra terhadap Saidina Ali kw. Jadi, aku cuba tahankan perasaan itu. Hadirnya dalam hidup aku seolah-olah membawa rahmat dari Allah swt. Masa tu, aku rasa Allah hadirkan hidayah melaluinya. Saban hari aku mulai cuba upgradekan ibadah aku atas prinsip aku yang bersumberkan dari al Quran dimana pada surah an Nisa, Allah berfirman lelaki yang baik untuk wanita yang baik dan begitu juga sebaliknya. Jadi aku pun berfikir, kalau aku nak orang macam dia, mestilah kena kuat agama macam dia, kena penyabar macam dia. Sejak dari itu, semua perbuatan aku dibataskan oleh dia. Bila terasa nak marah orang, aku fikir balik, adakah dia suka aku kalau asyik marah orang ? Masa tu kebanyakkan perbuatan aku kerana dia. Aku tidak boleh melupakan dia. Aku tersilap. Andai berterusan apa yang aku buat itu aku tidak ikhlas dalam beribadah. Aku mula menyedarinya. Aku cuba ketepikan dia untuk sementara.

Ketika aku melangkah ke tingkatan 5, aku sangat bersyukur kerana dia masih mengajar aku subjek matematik. Subjek yang dahulunya aku benci kini kian suka  terhadapnya. Aku cuba menaiktaraf kemahiran aku dalam matematik, aku buat latihan berulang kali untuk cuba memahaminya. Kini aku terasa aku semakin mahir tetapi kemahiran aku adalah paling bawah didalam kedudukan di kelas aku. Ramai yang lebih cekap denganya. Aku tak kisah kerana, perubahan dalam subjek matematik itu sudah cerah penghujungnya. Semuanya kerana dia. Cikgu Ekonomi aku juga pernah berkata, kalau kita suka cikgu yang mengajar itu, tentu lebih mudah untuk kita pelajarinya. Aku semakin rasa kehangatan belajar itu, aku cuba sampaikan pada rakan-rakan aku yang lain tentang apa yang aku mampu. Ketika itu, aku adalah calon SPM. Aku sasarkan subjek matematik aku adalah A sehinggakan aku tidak hiraukan jika subjek lain B, C, D.. Aku lebihkan usaha aku terhadap matematik.

Beberapa hari sebelum menduduki peperiksaan, aku cuba menjelaskan padanya bahawa aku berkenan dengannya dan ingin menjadikan permaisuri rumah tangga aku. Malangnya, dia tidak dapat menunggu aku untuk jangka masa yang panjang. Aku sedih, tapi aku yakin dengan ketentuan Allah dimana jodoh di tangannya, dan kita boleh meminta siapa yang boleh dijadikan jodohnya. Apapun, 9/10 terserah padanya. 1 daripada 10 itu adalah usaha aku dan semua orang. Balas mesejnya itu memberi petanda dia hanya mampu tersenyum ketika aku mahu dia pertimbangkan permintaan ikhlas aku. Jawapnya tetap tidak.

Aku pun akui yang dia bukanlah seorang mukminat yang suka bermain dengan api walau sekecil mancis. Bukanlah seorang wanita yang suka texting, calling dan bersosial. Tak kisahlah apapun balasnya, yang penting dia selamat dunia-akhirat. Jadi, sekarang ini aku tetap menjadikan dia sempadan untuk aku melakukan sesuatu perbuatan dalam hidup ini. Seandainya dia bukan untukku, tak tahu nak cakap apa. Aku redha dengan pilihan Allah untukku. Segala kenangan yang aku alami, aku simpan dan satu harta daripada dia yang masih aku simpan adalah sifat penyayangnya. Sejak dari itu, aku berazam untuk menjadi seorang programmer dalam bidang IT dimana perlukan kemahiran matematik yang tinggi. Disamping minat aku terhadap cikgu, aku cuba gunakan ia dalam kegemaran aku. Dia ilham aku.



Hari ini, aku mengarang cerita di atas adalah atas pengalaman aku. Baru beberapa hari meninggalkan alam persekolahan, aku sudah terlampau rindukan rakan-rakan aku, terutama sekali cikgu matematik aku. Aku bercerita  kerana rasa kecenderungan Allah tidak sediakan dia untuk aku itu adalah 7/10. Aku rasa dia bukan milik aku kerana aku yakin apa sahaja Allah boleh buat untuk menghantar hidayah terhadap hambanya disamping menguji keinginan fitrah manusia. Aku juga kasihan melihatnya kerana, diperlakukan sebegitu. Di tahun baru ini, aku berazam untuk teruskan cita-cita aku tanpanya tetapi apa yang dia ajarkan pada aku, tidak akan aku lupakan dalam bidang yang aku ingin ceburi. Segalanya juga terserah pada Allah. Sememangnya, aku amat mengkaguminya. Dia bantu aku dalam ilmu yang pernah aku benci selama ini. Keluarga aku semuanya pandai matematik. Kini aku sedang berjinak dengannya. Ini kenangan yang tak mungkin dapat aku lupakan semasa di waktu persekolahan di antara cikgu, matematik dan cita-cita. Jodoh tetap dari Allah. Assalamualaikum :)



<div id="fb-root"></div>
<script>(function(d, s, id) {
  var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0];
  if (d.getElementById(id)) return;
  js = d.createElement(s); js.id = id;
  js.src = "//connect.facebook.net/en_US/all.js#xfbml=1";
  fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);
}(document, 'script', 'facebook-jssdk'));</script>
<div class="fb-comments" data-href="http://ariffraz-i.blogspot.com/" data-num-posts="2" data-width="470"></div>

No comments:

Post a Comment