Pages

Friday, 30 September 2011

Freemason itu pengikut Dajjal Laknatullah (Updated)

                Assalamualaikum .. Pasti anda jarang mendengar apa itu Freemason. Kedudukan Freemason terletak dibawah pertubuhan Illuminati. Saya mengarang blog ini untuk memudahkan anda menambah pengetahuan tentang topik ini dengan meletakkan link supaya anda boleh terus pergi ke laman web atau blog tersebut. Freemason adalah satu pertubuhan persaudaraan yang majoritinya terdiri daripada Yahudi. Mereka mempunyai misi yang agak luarbiasa tetapi itulah misi mereka yang kini telah hampir berjaya. Saya ingin membuat kesimpulan tentang gerakan pertubuhan rahsia ini dan apa kaitannya dengan dajjal laknatullah.

                Banyak lagi pertubuhan-pertubuhan yang berkait rapat dgn Freemason ini seperti Illuminati dan Skull and Bones. Sebelum itu, kita boleh mengenali simbol-simbol atau lambang gerakan Freemason ini. Saya membuat kesimpulan ini berdasarkan maklumat yang dikumpulkan dari blog-blog dan laman web yg mengisahkan tentang topik ini. Saya kumpul dan gabungkan untuk mendalami Dajjal Laknatullah dan Freemason ini. Kita sebagai hamba Allah swt hanya dpt mengkajinya dgn sedikit kerana Allah lebih Maha Mengetahui.

Cuba anda perhatikan gambar-gambar ini pula;
                   Jika anda perhatikan betul-betul, apa maksud semua ini ?? Ianya seolah-olah telah dirancang. Siapa yang merancangnya ?? Dan siapa pula dalangnya ?? Menurut buku Dajal dan Simbol Setan – Drs H. Toto Tasmara, mereka melakukan kegiatan-kegiatan yang boleh diistilahkan dengan ‘gerakan 7 F’, iaitu menghancurkan kekuatan finansial (Financial) umat Islam, merosakkan pola makan (food), menciptakan adu domba atau perpecahan di kalangan umat beragama mahupun di dalam tubuh umat Islam (friction), menyebarkan cara berfikir bebas (freethinking), menebarkan ideologi yang membebaskan manusia dari tata cara pemikiran beragama (freedom of religion), menguasai filem, TV, dan media massa (film), menumbuhkan dan menggoda masyarakat agar berbudaya dan bersikap mengikuti millah (cara) mereka (fashion/life style), membuat beberapa aliran mistik untuk menghancurkan agama (faith, sect, occultism, dll.), menumbuhkan rasa kecewa (frustrasion), dan lain-lain.

                   Pertubuhan ini mempunyai satu misi yang ingin menguasai dunia yang dinamakan 'New World Order' atau tata dunia baru. Selain daripada itu juga mereka mahu digelar tuhan dengan menyamakan dirinya dengan 'all seeing eye'(gambar piramid yg terdapat mata diatasnya pada wang dollar) yang boleh dianalogikan dengan dapat melihat semua benda atau lebih-lebih lagi dengan istilah yang maha melihat. Mereka menyusun strategi ini untuk membuatkan rakyat didunia ini melihat mereka sebagai orang yang paling bijak ataupun tuhan yg menyusun takdir. Cuba anda perhatikan gambar WTC (World Trade Center) yang sedang terbakar pada wang US dolar, sedangkan wang itu dikeluarkan pada tahun 1996. Bagaimana tragedi WTC itu boleh terjadi pd tahun 2001 ?? Tidakkah anda terasa perkara sebegitu telah dirancang ? Bagaimana pula dengan tragedi kebakaran di Pentagon itu ? 'Osama' itu pula ?

Kenali Freemason;


                       Freemasons mula muncul pada antara akhir abad ke 16 dan awal abad ke 17, bermakna lama selepas diutuskan Nabi Muhammad S.a.w. Sebelum Nabi Muhammad diutuskan , mereka dikenali dengan pelbagai watak yang antaranya Masons (tukang batu) dan sebagainya. Cuma dulu tiada lagi simbol yang digunakan oleh mereka sekarang dan tiada lagi simbol mata satu. Maka benarlah ramalan Nabi Muhammad S.a.w berkenaan akan munculnya Dajjal bermata satu yang akan memerintah dunia, kerana matlamat Freemasons dan sekutu-sekutunya sekarang adalah untuk memerintah dunia dan mereka mengagungkan simbol ‘Mata Satu’ mereka itu. Dan mereka juga adalah anti-kristian dimana orang-orang Kristian juga meramalkan kemunculan mereka berdasarkan dari kitab Bible dan menjadi musuh kepada kristianiti. *dipetik dari http://hikmatun.wordpress.com/2008/05/10/kenali-pasukan-dajjal-dan-simbol-simbol-mereka/.

                  Ada pendapat yg berkata, "Presiden John F. Kennedy sahaja yang tidak terlibat dengan mereka atau pun telah sedar diri dan menarik diri dari kumpulan mereka. Kerana beliau pernah menyampaikan ucapan memberi amaran tentang kemunculan kumpulan-kumpulan rahsia ini yang cuba untuk menguasai dunia. Dan tidak lama selepas itu, Presiden JFK ini telah mati ditembak di kepala di hadapan khalayak ramai ketika dia berada dalam kereta bersama isterinya dalam satu perarakan." *dipetik dari juga http://hikmatun.wordpress.com/2008/05/10/kenali-pasukan-dajjal-dan-simbol-simbol-mereka/.


Church of Satan telah ditubuhkan di San Fransisco , California pada 30 April 1966 oleh Anton Szandor LaVey yang mana dia adalah seorang paderi besar gereja pada ketika itu. Dari tahun 1950an lagi, Anton LaVey telah menubuhkan sebuah kumpulan yang diberi nama Order of the Trapezoid yang kemudiannya berkembang menjadi badan pengurusan yang dikenali sebagai Church of Satan ataupun Gereja Syaitan.
Pada sekitar tahun 1980an dan 1990an, Church of Satan dan ahli-ahlinya sangat aktif mengeluarkan filem, muzik, dan majalah yang ditujukan kepada pemujaan syaitan. Dan secara ringkasnya di sini, munculnya Church of Satan ni adalah untuk belot atau melawan agama Kristian yang telah sedia ada, kerana itu juga mereka termasuk dalam anti-christ.


Lihat ini pula; Illuminati



Freemason berada dibawah Illuminati (perhatikan carta tersebut *kotak warna merah)


Pengaruh- pengaruhnya;

Pengaruh-pengaruh Freemason di Malaysia (ianya dipetik dari beberapa blog). Freemason juga bermaksud 'tukang batu' yang dahulunya pandai dalam senibina piramid dan bangunan, oleh itu mereka lebih bijak dalam bidang pembangunan.
Mari kita lihat beberapa gambar yang dikatakan senibina pengaruh Freemason;

KLCC ..?




Penerangan selanjutnya, sila ke http://aku-macjay.blogspot.com/2010/11/klcc-simbol-freemason-di-alam-melayu.html

Tempat lain .. sila ke http://www.ohtidak.com/oh-senibina-freemason-di-malaysia/

                  Mereka memasukkan pengaruh-pengaruh mereka dari segi ekonomi, pembangunan dan sosial untuk menjayakan misi mereka. Berdasarkan pengetahuan saya, apabila semua bidang telah dipengaruhinya, mereka akan menyatakan bahawa mereka adalah manusia yang telah menyusun takdir dan pengaruh-pengaruh ini akan menjadi bukti mereka telah ada sejak sekian lama semasa dunia hampir kiamat seperti mana yang diberitahu Rasulullah SAW dimana akan datangnya fitnah terbesar iaitu fitnah Dajjal. Syurga Allah akan dikatakan Neraka manakala Neraka Allah akan dikatakan Syurga baginya. Mereka akan mendakwa Allah menipu hambanya. Sungguh hebat fitnah yang dibawanya. Nabi telah mengajarkan kita petua menyelamatkan diri daripada fitnahnya dengan mengamalkan Surah al-Kahfi ayat 1-10.  Mereka juga telah dikatakan penyembah Lucifer(Iblis) dan akan menjadi pengikut Dajjal yang sebenar. Mereka seperti membantu Dajjal yang dikatakan dalam Al-Quran untuk menyebarkan fitnah dan 'dakwah' atau pengaruhnya.

                 Oleh itu, manusia yang dalam keadaan lemah imannya terutama bagi yang beragama Islam akan mula keliru dan mereka akan sesat dalam hidup untuk memilih agama. Yang Islam akan murtad, manakala bukan Islam yang berada dlm keadaan berjinak-jinak dgn Islam akan mula mudah terpedaya dan keliru serta tidak yakin. Benarlah kata-kata Allah Yg Maha Bijaksana iaitu Nabi Isa AS akan turun ke bumi untuk melawan fitnah Dajjal Laknatullah bersama Imam Mahdi. Mengikut analogi saya tentang dajjal bermata satu ialah, mereka(Dajjal) hanya memikirkan dunia dan buta akhirat/hati serta mereka bersikap materialistik(berfikiran keduniaan/kebendaan). Apa yang mereka buat selama ini, ialah Iblis mahu menandingi kuasa Allah SWT dan tidak mahu ke neraka sendiri tetapi mahu bersama pengikutnya(manusia) sepertimana janjinya dengan Allah SWT sewaktu kejadian Nabi Adam as.


Maklumat tambahan;
http://unikversiti.blogspot.com/2009/11/raja-namrud-dan-hubungannya-dengan.html
http://hikmatun.wordpress.com/category/pengetahuan-am/illuminati-pengetahuan-am/
http://en.wikipedia.org/wiki/Illuminati
http://en.wikipedia.org/wiki/Freemasonry

                 Kesimpulanya, kita masih dijajah. Kita bukan dijajah dari segi fizikal atau terang-terangan tetapi dari segi mental secara halus. Berhati-hatilah dgn keadaan dunia sekarang ni. Jika suatu hari nanti ada lagi berita-berita mengenai agama Islam dari Amerika Syarikat seperti Tragedi 9/11 WTC, mungkin hanya konspirasi seperti apa yg telah didakwa oleh Dr. Mahathir. Beliau berkata AS hanya ingin memburuk-burukkan nama Islam. Jika saya mempunyai kesalahan dalam blog ini, sila tinggalkan komen anda supaya saya dapat memperbaikinya. Sekian, wasalam ..


No comments:

Post a Comment