Saban hari aku sering memikirkan, "adakah sistem keKhalifahan itu akan kembali..?", "adakah aku boleh menjadi Khalifah untuk menggantikan Abu Bakar, Uthman, Omar dan Ali ?" Saban hari aku melihat manusia yang bersungguh-sungguh menuntut ilmu yang dikatakan dapat menjamin masa depan.. Mereka sungguh yakin dengannya. Kata Ustaz Azhar Idrus, kalau segulung ijazah itu dikatakan dapat menjamin masa depan, imannya ada masalah. Ya, belajar itu suatu tuntutan. Ada orang kata, makruh ingat mati semasa menuntut ilmu. Tapi, aku mula rasa tidak sedap hati apabila keganasan pihak zionis, yahudi dan israel semakin menjadi-jadi terhadap umat Islam. Dunia sekarang memang berada di ambang kemusnahan seperti janji-Nya. Aku tahu itu, tp apa perlu aku buat ? Aku rasa dah tiada guna untuk ambil ijazah tu, sebab dunia dah hampir Kiamat. Dari segi konspirasi, Illuminati itu ada kaitan dengan Dajjal yang direkodkan dalam hadis-hadis baginda. Ustaz Azhar kata, tak payah sibuk dengan perihal Dajjal tu, dia memang datang. Hadis perihal Dajjal itu hadis mutawatir..yang kita perlu ialah mendekatkan diri kepada Allah.
"Adakah aku boleh menjadi Khalifah..?". Ia sering menjadi persoalan yang berada di dalam minda aku. Dari kecil, aku dididik dengan keganasan israel, aku suka main askar-askar..aku sering diperdengarkan dengan kisah-kisah mujahidin pada zaman dahulu dan sekarang. Mujahidin dulu pakai pedang, sekarang pakai senapang.. Dengan sebab itu, aku semakin berminat untuk menjadi syahid. Aku mula belajar berdakwah untuk orang sekeliling aku. Tak banyak sejarah yang aku tahu bagaimana mereka boleh menjadi mujahid. Sultan al-Fateh dididik dengan ilmu perang sejak kecil, di adun dengan ilmu-ilmu agama yang dididik oleh seorang tokoh ulama pada zaman itu. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Seperti hadis nabi..Konstatinople akan jatuh ke tangan orang Islam. Rajanya sebaik-baik raja, tenteranya sebaik-baik tentera..riwayat imam ahmad.
"Sultan al-Fateh memegang tampuk pemerintahan semasa berumur 19 tahun". Ya, aku sedar aku bukanlah berketurunan raja ataupun sultan untuk senang-senang dapat memerintah negara. Susah untuk menjadi sultan kalau tidak berketurunan sultan. Bak kata Papazola, susah tidak bermakna mustahil. Aku akan cuba, tapi apa jalannya, disamping berharap pada Allah, Dia juga suruh kita berusaha. Apa yang perlu aku usahakan ialah bertanya pendapat orang sekeliling, berdamping dengan orang berilmu. Namun, ia seolah-olah tiada hasil. Adakah itu ujian? Aku berbicara disini bukan kerana aku sudah berputus asa, cuma aku nak ada orang boleh dengar rintihan aku selain Allah. Aku yakin Dia akan bantu aku, cuma kerana aku sebagai seorang hamba, Dia suka mengujinya. Terserah padanya, Dia Maha Berkuasa atas segalanya. Dia tahu apa bakal terjadi.
Syria dan Myanmar sedang bergiat aktif mencari pejuang untuk membebaskan rakyatnya daripada cengkaman pihak tidak bertanggungjawab. FSA, Free Syrian Army..mereka berusaha membebaskan wilayah mereka daripada pihak Bashar Asad. Aku kat sini masih sekolah..."adakah aku sempat untuk membantu mereka?" Kawan-kawan aku sering menasihat supaya aku habiskan pelajaran yang telah ditetapkan oleh yahudi. Yahudi sengaja mencipta perlembagaan sebegini untuk melemahkan umat Islam, untuk melemahkan aku supaya aku tidak boleh menyertai jihad. Mereka tahu hadis nabi, mereka tahu amalan agama Islam. Namun disebabkan sifat ego mereka dan dikuasai perasaan materialistik mereka, mereka tetap berpaling dari ajaran Allah. Bila aku cakap nak berjihad, mereka kata tak cukup ilmu. Itu yang aku tidak berpuas hati sebab remaja di syria kat sana dah pun pergi berjihad. Ya, aku sedar.. malaysia masih aman, sebab itu tiada dorongan untuk berhenti belajar dan sertai jihad. Sudah lama aku cuba fokus kepada jihad. Mereka yang bergelar sahabat aku, mereka tahu macam mana keputusan peperiksaan aku, hanya sekadar cukup makan kerana aku sering memikirkan "bolehkah aku menjadi Khalifah akhiruzaman..?". Apa guna juga kalau Khalifah takda ilmu kan? Benda dah jadi. Kena ikut cara zaman sekarang. Zaman yang terakhir.
Aku mengarang ini hanyalah untuk renungan, pembaca yang mempunyai idea yang bernas bolehlah tinggalkan cadangan supaya sahabat kamu ini tidak lari dari matlamatnya. Bantulah aku, sekiranya kamu mengaku kamu saudara aku. Aku juga mengarang ini kerana ini matlamat aku dan perjalanan aku ke hari Pengadilan. "A Journey to the Kiamat"..
No comments:
Post a Comment