Pages

Tuesday 9 April 2013

[Updated]Honda Hurricane | Rothmans Honda

Rothmans Honda Theme


Alhamdulillah, dapat jugak aku update blog kali ini. Hari ini aku nak kongsi cerita sikit tentang aktiviti cuti sekolah aku. Aku lepasan SPM yang sedang menunggu keputusan UPU pada masa akan datang, jadi aku luangkan masa dengan membuat beberapa baikpulih kat jentera yang hampir klasik ini.



Repsol Lubricant Theme


Jadi, cari-punya-cari kat Google, aku jumpa Honda Hurricane 110cc ni di'Repsol'kan oleh tuannya. Dan banyak lagi dalam lebih kurang 10 biji moto di Malaysia yang terdapat dalam Google Search. Aku pun berminat untuk melakukan perkara yang sama tapi, tak sedaplah kalau buat tema Repsol jugakkan ? Dah tuh, ayah aku bagi idea untuk buat tema Rothmans Honda.



Akhirnya, jumpa jugak setelah cari beberapa minggu. Mula-mula nak cari Suzuki RGV 120 tapi ini yang dapat dulu.


Bila sampai rumah je, terus lerai barang dan mula bekerja. Semua kerja adalah hasil tangan dan beberapa parts sahaja memerlukan mesin. Kebanyakan barang hanya dibaikpulih dan digilap semula. Setakat ni, alat ganti masih senang untuk dicari sebab ia ada kesamaan dengan Honda NX 105cc. (Jarang jumpa kat Malaysia, haritu ada sekali kat Masai, Johor).


Alhamdulillah..ini hasilnya. Cuma belum siap 100%.

Jadi, inilah hasilnya. Tema Rothmans Honda itu tempah kat kedai. Coverset semua cat sendiri, enjin, blok, frame dan sedikit baikpulih kat disc brake clipper. Tayar belum sempat tukar. Gambar lain akan diupload pada masa akan datang.






9 comments:

  1. nak tanyer .. mne boleh dpt spare part motor hurricane ??

    ReplyDelete
  2. 0174363626-sy peminat harucane,sparepart bole hubungi,brg xbyk,Insyaallah,bley try cr klu ada rezeki..

    ReplyDelete
  3. Salam.first mmg smart arr moto 2 wat lain..tahniah..nk tanya kalu moto NX105 cc nk cri spare part kat mana?.moto 2 lma dh..ingat nk wat lain..moto 2 legend dah oo..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam bro..sy ni pun baru je main-main moto..tak pro lah pasal port2 kedai moto nih..papehal boleh add sy kat FB

      Delete
    2. Spairpart boleh cari di honda hurricane facebook

      Delete
  4. bro.. honda NX105 boleh pakai cover set honda tena 110 ?

    ReplyDelete
  5. boleh bro, tp kena ejas2 lah.. papehal join group ni bro https://www.facebook.com/groups/hurricanesemalaya/?fref=nf In shaa allah, ramai otai hurricane

    ReplyDelete