Pages

Wednesday 28 November 2012

Kahwin lepas SPM?

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.. Untuk tidak lengahkan masa anda, kita mulakan apa itu kahwin. Di dalam bahasa Arab bermaksud nikah. Dari segi bahasa, nikah bermaksud gabung atau kumpul. Dari segi istilah ialah suatu proses dimana menghalalkan hubungan kelamin antara lelaki dan perempuan.

Baiklah, mengikut peredaran zaman, masalah sosial sering bertambah dan berterusan tanpa halangan. Hari ini, saya akan cuba kupaskan punca dan sebab masalah ini berlaku disamping jalan penyelesaian yang tidak mudah untuk dilakukan tetapi dengan izin Allah ia adalah cara yang paling berkesan di sisi syarak dan diredhai Allah swt.

Masalah sekarang ialah golongan wanita. Apa yang terjadi sekarang ialah wanita lebih gemar bekerjaya dan tidak mahu atau melewat-lewatkan perkahwinan.



Alasan yang diberi kebanyakan wanita adalah belum cukup ilmu, nak kerja, 'nak tolong keluarga' dan pelbagai lagi. Keinginan untuk membantu keluarga atau menyara keluarga bagi mereka yang susah itu tidak menjadi masalah tetapi, sebaik-baik pertolongan itu adalah dari anak lelaki kerana merekalah yang perlu menyara keluarga mereka lebih-lebih lagi anak sulung. Bagi perempuan yang tidak mempunyai abang atau adik beradik lelaki, bermakna Allah ingin menguji hambanya. Allah Maha Mengetahui.

Mengapa mereka perlu beri alasan tidak cukup ilmu sedangkan perkahwinan tidak menghalang anda untuk terus mencari ilmu pengetahuan. Apa salahnya sambung pengajian setelah berkahwin ? Apa gunanya bekerja sekiranya tuntutan agama ditinggalkan. Orang perempuan sepatutnya tak perlu bekerja keras untuk mendapatkan pendapatan kerana suaminya yang akan menyara kehidupan mereka. Bahkan perempuan yang bekerjaya itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kiamat.

Rasulullah bersabda : "pada pintu gerbang kiamat orang orang hanya akan mengucapkan salam kepada orang yang khusus(dikenal) saja dan berkembangnya perniagaan sehingga wanita ikut seperti suaminya (bekerja/berdagang) " Hadist Shahih lighairihi Ahmad

Jadi, mengapa golongan perempuan bertindak sedemikian. Apabila mereka ditegur tentang hal ini, mereka akan balas bahawa kita perlu seimbangkan dunia dan akhirat. Kebanyakkan dari mereka yang berkata sedemikian sebenarnya tidak melakukannya.

Kesungguhan dan pengorbanan Kaum Muda pada zaman dahulu yang terdiri dari ulama, orang terpelajar tidak dihargai sepenuhnya. Kalau zaman Kaum Tua dahulu hanya mementingkan akhirat, orang perempuan dididik untuk menguruskan rumah dan peribadi serta agama. Setelah kehadiran Kaum Muda muncul, mereka memperjuangkan pendidikan dan kerjaya untuk kaum wanita. Tetapi hasilnya hanya sementara, kerana mereka lebih suka bekerjaya berbanding mendirikan rumah tangga.

Sepatutnya, ibu bapa perlu mendidik anak perempuan mereka dididik dengan hal kekeluargaan, pengurusan rumah, memasak dan bermacam lagi kerana mereka adalah tulang belakang untuk suaminya suatu hari nanti. Berkata ulama "perempuan mudah masuk syurga, tapi ramai ke neraka".

Mengapa berlaku sedemikian ? Ini kerana wanita, digelar kaum yang lemah, fitrah mereka ialah memerlukan seorang lelaki untuk berdamping bersamanya ke jalan Allah. Semakin lama mereka diluar rumah, semakin banyak rintangan dan risiko yang akan mereka hadapi. Allah sangat menyayangi mereka. Tetapi apa mereka buat ?

Ibu bapa perlu mendidik anak lelaki dengan kepimpinan dan ilmu pengetahuan yang lebih tinggi, kerana lelaki itu pemimpin bagi perempuan. Firman Allah dalam surah an-Nisak ayat 34:

“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum wanita, kerana Allah telah melebihkan orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang perempuan, dan juga kerana orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian daripada harta mereka”



Oleh itu, ibu bapa perlu mengambil perhatian terhadap isu ini. Ulama tersohor tanah air pernah menyatakan tegurannya iaitu ibu bukan wali. Sila ambil perhatian, masalah sekarang adalah ibu yang menjadi wali terhadap anak perempuannya. Pelbagai alasan diberikan oleh ibu untuk tidak membiarkan anaknya berkahwin sehingga anaknya mencapai keinginan ibunya seperti mendapatkan PhD, Master dan bermacam lagi. 

Siapa kata salah untuk membiarkan anaknya berjaya ? Yang salahnya ialah mereka yang berlaku sedemikian boleh dikatakan, 'semakin tinggi ilmu, semakin rendah akhlaknya'. Itu yang terjadi sekarang. Mereka lebih mementingkan kejayaan dan kerjaya yang membawa kepada duit. Cari ilmu tidak salah, tapi cara mencari ilmu itu yang bermasalah.

Disebabkan sistem pendidikan di Malaysia yang mewajibkan rakyatnya mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), pelajar perempuan perlu juga untuk mengambilnya dan sebaiknya ibu bapa perlu melepaskan mereka untuk berumah tangga selepas SPM. Itu adalah cara yang terbaik kerana pernikahan itu pelindung daripada berlakunya maksiat. Mereka perlu mencari suami yang bercirikan Islam, lebih tua dan berkemampuan untuk menyara kehidupan si isteri dan keluarga belah isteri. Itu adalah jalan terbaik. Paling lewatpun 25 tahun.

Berkahwin awal itu juga sebahagian daripada 3 tuntutan agama yang utama iaitu segerakan solat apabila azan berkumandang, kedua ialah segerakan pengurusan jenazah sekiranya berlaku kematian dan ketiga ialah segera jodohkan anak perempuan sekiranya telah matang. Apa yang lepas, biarkan, untuk generasi akan datang, kita cuba lakukan perubahan demi maruah dan sumbangan terhadap agama Allah.

Masa ini jugalah peranan orang perempuan untuk membantu orang lelaki dengan cara mengahwininya supaya dapat membantu suaminya berjihad di jalan Allah. Orang perempuan tak perlu mengankat senjata untuk berjihad tetapi hanya perlu beri sokongan padu lalu beroleh pahala jihad. Banyak lagi keistimewaan dan kelebihan mereka yang mengawalkan usia perkahwinannya. Semoga Allah bersama kamu.

Rasulullah SAW bersabda:

“Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya. Lalu berlakulah zaman pemerintahan yang menggigit (Zaman Fitnah). Berlakulah zaman itu sepertimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya. Kemudian berlakulah zaman penindasan dan penzaliman (Zaman Diktator) dan berlakulah zaman itu sepertimana yang Allah kehendaki. Kemudian berlaku pula Zaman Kekhalifahan (Imam Mahdi dan Nabi Isa a.s.) yang berjalan di atas cara hidup Zaman Kenabian.”

(Riwayat Ahmad)





Ringkasannya:

Fasa 1 - Zaman Nabi Muhammad SAW


Fasa 2 - Zaman Khulafa ar-Rasyidin


Fasa 3 - Zaman yang menggigit yakni zaman fitnah ( zaman kerajaan-kerajaan Dinasti yang berakhir dengan kejatuhan empayar terakhir umat Islam iaitu Empayar Othmaniah pada tahun 1924)


Fasa 4 (Sekarang) - Zaman penindasan dan kezaliman (zaman DIKTATOR, ia dapat dilihat dengan kemunculan Mustafa Kamal Atarturk di Turki dan rejim-rejim lain di negara umat Islam…termasuklah BANI SAUD di Hijaz…yang dinaikkan selepas wilayah kekuasaan umat Islam difaraidkan oleh penjajah-penjajah Barat)


Fasa 5 - Zaman kegemilangan Islam yakni zaman KEKHALIFAHAN al Mahdi dan Nabi Isa AS.





Oleh itu, penulis berharap bahawa cadangan ini dapat dipertimbangkan sebaik mungkin kerana kita umat akhir zaman, fasa zaman yang kedua terakhir sebelum kegemilangan Islam semula dimana iblis dan syaitan bersungguh-sungguh untuk menyesatkan kaum Adam a.s. Siapa yang masih simpan anak daranya itu dirumah, lepaskanlah ia bersama alim ulama dan orang-orang beriman. Kemampuan itu tidaklah terlalu penting tetapi kekuatan rohani terhadap Islam itu yang penting. Bagi mereka yang bergelar lelaki, carilah kekayaan dengan cara yang halal untuk menyara isteri tersayang dan keluarganya sekiranya susah. 

Andai saya terkasar bahasa atau tersilap kata, mohon dimaafkan dan ditegur untuk kebaikan bersama. Allahuakbar.

2 comments:

  1. assalamualaikum.saya sedang mencari kawan-kawan blogger. kalau sudi, datanglah ke blog saya dan jadilah salah satu follower.ini linknya

    http://www.ismifahmi.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamualaikum.saya sedang mencari kawan-kawan blogger. kalau sudi, datanglah ke blog saya dan jadilah salah satu follower.ini linknya

      http://www.ariffraz-i.blogspot.com/

      Delete