Assalamualaikum, hari ini saya mengarang penulisan ini
adalah kerana saya terlihat fenomena di langit iaitu percikan kilat
sambar-menyambar di balik awan sekitar selepas maghrib. Mungkin ianya hanya
fenomena biasa, tetapi kali ini seteah melihat ia, hati ini mula terdetik
bahawa kejadian tersebut mungkin sedang menyampaikan berita pada makhluk sekian
alam. Naluri ini berkata ia bukan lagi percikan yang biasa-biasa. Tanpa hujan.
Tanpa guruh. Baiklah, kali ini kita akan menyebut tentang kebinasaan yang diberikan
Allah kepada umat terdahulu dan perbuatan-perbuatan umat terdahulu (yang
menyebabkan kemurkaan Allah) dilakukan oleh umat Islam kini yakni umat Muhammad
saw.
1. Kaum Nabi Luth as
Umat nabi Luth terkenal dengan perbuatan homoseksual dan
lesbian, iaitu hanya mahu berkahwin dengan pasangan sesama jenis. Apabila sudah
diberi peringatan, mereka tetap melakukannya dan tidak mahu bertaubat. Akhirnya
Allah memberikan mereka azab berupa gempa bumi yang dahsyat disertai angin
kencang dan batu sehingga hancurlah rumah-rumah mereka . Kaum nabi Luth ini
akhirnya tertimbun dibawah runtuhan rumah-rumah mereka sendiri. (al-Syuara:
160, al-Naml: 54, al-Hijr: 67, al-Furqan: 38, Qaf: 12)
Apakah mereka yang terdahulu seperti begini ? Lihat sendiri,
sesetengah negara menghalalkan hubungan sesama jenis atas alasan keadilan.
Keadilan yang terkutuk. LGBT singkatan daripada Lesbian Gay Bisexual dan
Transgender. Nauzubillah.
2. Kaum Nabi Syuaib as
Nabi Syuaib diutuskan kepada kaum Madyan. Kaum Madyan ini
dihancukan oleh Allah kerana mereka suka melakukan penipuan dan penyelewengan
dalam perniagaan. Apabila membeli, mereka meminta dilebihkan dan apabila
menjual selalu megurangi. Allah pun mengazab mereka berupa hawa panas yang
teramat sangat. Mereka cuba berlindung ditempat yang teduh. Hal itu tidak mampu
mengelakkan mereka dari rasa panas. Akhirnya mereka binasa. (at-Taubah: 70,
al-Hijr:78, Thaaha: 40, al-Hajj: 44)
Sehingga kini, penyelewangan dalam perniagaan masih berlaku
termasuklah perbuatan rasuah yang boleh menyebabkan kerugian pihak lain. Malah segelintir
peniaga tersebut sanggup menyorokkan barangan jualannya untuk mengambil
kesempatan dengan menaikkan harga.
Daripada Abu Hurairah r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW
bersabda "Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan tipuan.
Pada waktu itu si pendusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan dusta.
Pengkhianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan
pengkhianat. Dan yang berkesempatan berbicara (cuba membetulkan) hanyalah
golongan "Ruwaibidhah". Sahabat bertanya "Apakah Ruwaibidhah itu
wahai Rasulullah?" Nabi SAW menjawab "Orang kerdil, hina, dan tidak
mengetahui bagaimana hendak mengurus orang ramai" (HR Ibnu Majah)
3. Firaun
Kaum Bani Israel sering ditindas oleh Firaun. Allah mengutus
nabi Musa dan nabi Harun untuk memperingatkan Firaun akan azab Allah. Namun,
Firaun malah mengaku sebagai Tuhan. Firaun akhirnya maut dilaut Merah dan jasadnya tidak reput dan telah ditemui
oleh ahli arkeologi moden. Hingga kini masih boleh disaksikan di muzium mumia di
Mesir. (al-Baqarah: 50, Yunus: 92)
Tiada Tuhan Selain Allah. Maha Suci Allah. Sehingga kini,
ada lagi manusia yang menganggap dirinya adalah Tuhan. Yang peliknya, tiada apa
pun yang ‘ajaib’ untuk dijadikan bukti oleh mereka yang mengaku sebagai tuhan
tetapi masih ramai juga yang mengikutnya. Berikut adalah antara link yang boleh
saya kongsikan.
4. Ashab al-Ukhdudd
Ashab al-Ukhdudd adalah sebuah kaum yang menggali parit dan
menolak untuk beriman kepada Allah, termasuk rajanya. Sementara itu, sekelompok orang yang beriman dicampakkan kedalam
parit yang telah dibakar, termasuk seorang wanita yang tengah mengendong
seorang bayi. Mereka dikutuk oleh Allah. (al-Buruj: 4-9)
Lihat sahaja apa yang berlaku di Myanmar. Umat Islam
Rohingya dibunuh dengan kejam. Apa yang berlaku disana adalah ‘holocaust’ iaitu
penghapusan etnik.
Daripada Tsauban r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW
bersabda "Hampir tiba suatu zaman di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia
akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang kelaparan mengerumuni
bekas hidangan mereka" Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah
kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi SAW menjawab "Bahkan kamu
pada hari itu terlalu ramai, tetapi kamu umpama buih pada masa banjir, dan
Allah akan mencabut rasa gentar terhadap kamu daripada hati musuh-musuh kamu,
dan Allah akan melemparkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan'. Seorang sahabat
bertanya "Apakah 'wahan' itu, wahai Rasulullah?" Rasulullah menjawab
"Cinta dunia dan takut mati" (HR Abu Daud)
Maha suci Allah. Sesungguhnya tanda-tanda kecil Kiamat itu
telah lengkap sempurna dan dunia sedang menanti tanda-tanda yang besarnya.
Semoga kita terlindung dari fitnah dan bahana Dajjal. Lihatlah isu terkini,
ulama telah dilabel ‘sikit-sikit haram’, ‘tahunya haram sahaja’. Hukum-hakam
Allah mula dipermain-mainkan. Ingatlah pesan Rasulullah
Daripada Abu Hurairah r.a. Beliau berkata, Bersabda
Rasulullah SAW "Islam mula berkembang dalam keadaan asing. Dan ia akan
kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing" (HR Muslim)
Wallahualam.